Jadi mangsa terkandas dalam kabel car 2 jam? Ini cara minta refund dari Genting Highland

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Resorts World Genting (RWG) hari ini memohon maaf atas insiden beberapa penumpang kereta kabel Sky Way

Ada yang terperangkap selama lebih dua jam ketika dalam perjalanan turun dari Stesen SkyAvenue, Genting Highlands malam tadi.

Dalam kenyataannya, RWG menegaskan bahawa keselesaan dan keselamatan pengunjung sentiasa menjadi keutamaan mereka.

“Sebagai langkah segera, kami telah melaksanakan pelan luar jangka, termasuk menyediakan perkhidmatan ulang-alik

Di Terminal Genting Highlands Premium Outlets serta menawarkan bayaran balik tiket kereta kabel,” jelas kenyataan tersebut.

Jadi mangsa terkandas dalam kabel car 2 jam? Ini cara minta refund dari Genting Highland

RWG turut memaklumkan bahawa pengunjung yang ingin mendapatkan bayaran balik tiket yang sah boleh menghubungi pasukan perkhidmatan pelanggan mereka.

“Untuk sebarang pertanyaan atau proses bayaran balik, sila hubungi kami di [email protected].

Kami sangat menghargai sokongan anda dan memohon maaf dengan setulus hati atas kesulitan yang berlaku,” tambah kenyataan itu lagi.

Detik Cemas Akibat Masalah Teknikal

Terdahulu, beberapa penumpang mengalami detik mencemaskan apabila kereta kabel Sky Way terkandas akibat masalah teknikal.

Perkongsian oleh beberapa pengguna TikTok di lokasi kejadian turut menunjukkan situasi tersebut, di mana mereka memaklumkan kejadian berpunca daripada gangguan teknikal yang menyebabkan operasi kereta kabel terhenti.

RWG berjanji akan terus meningkatkan perkhidmatan mereka untuk memastikan pengalaman yang lebih baik kepada semua pengunjung.

BACA: Ulama Pas pertahan kutipan derma kalah kes fitnah, ‘Sudah jadi amalan Pas’

Leave a Comment