Jadi alat untuk menjatuhkan musuh politik PN, SPRM nafi sekerasnya

Oleh MHDAILY

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan sekeras-kerasnya tuduhan gabungan parti politik bahawa badan itu dijadikan “senjata politik” dalam menjalankan tugasnya.

SPRM dalam kenyataan berkata, suruhanjaya itu merupakan sebuah agensi penyiasatan yang bebas dan sentiasa memastikan tindakannya berlandaskan undang-undang tanpa membabitkan kecenderungan politik.

“Tohmahan tersebut tidak berasas serta tidak bertanggungjawab kerana ia boleh menjejaskan imej SPRM, sekali gus menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat,” katanya.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Walaupun tidak menyatakan secara khusus, kenyataan SPRM itu dipercayai merujuk tindakan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), yang mengingatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak menggunakan agensi kerajaan sebagai “senjata politik” dengan tujuan menambah sokongan.

Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam berkata, peringatan itu susulan beberapa tindakan yang diambil oleh agensi kerajaan, termasuk SPRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta polis terhadap Ahli Parlimen pembangkang, pegawai serta ahli keluarga mereka.

Menurut PH, persaingan politik di negara ini wajib berlaku dalam suasana yang sihat, dengan amalan demokrasi berteraskan perlembagaan persekutuan.

“PH juga kesal dengan tindakan pihak berkuasa ke atas perniagaan dengan pelbagai tuntutan kewangan yang tidak munasabah, serta pembekuan akaun bank untuk menambahkan pendapatan kerajaan yang kian berkurangan,” kata kenyataan itu lagi.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/06/sprm-nafi-dakwaan-jadi-senjata-politik-kerajaan/