Isu tuala wanita: Dr Zaliha perjelas isu sebenar

Oleh MHDAILY

Isu tuala wanita: Dr Zaliha perjelas isu sebenar. Kementerian Kesihatan (KKM) bakal melaksanakan inisiatif tuala wanita percuma kepada wanita daripada golongan kurang berkemampuan dalam usaha memerangi kemiskinan haid.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata sebagai permulaan, inisiatif itu akan dilaksanakan di pejabatnya sendiri.

Beliau berkata, inisiatif yang juga mendapat sambutan di peringkat global itu akan dikembangkan di seluruh kementeriannya.

“Saya sebagai Menteri Kesihatan wanita pertama elok kita lakukan di KKM sendiri.

“Saya mulakan tandas di Pejabat Menteri (dengan memulakan) pemberian tuala wanita,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan pertamanya, di sini, pagi ini.

Isu tuala wanita: Dr Zaliha perjelas isu sebenar

Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Harjeet Singh dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Zaliha berkata, sudah tiba masanya isu kemiskinan haid dalam komuniti ditangani dengan dasar yang lebih tegas berikutan selama ini ia hanya dibuat melalui gerakan dan program di peringkat pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Justeru, beliau berkata, dengan memulakan inisiatif berkenaan di pejabatnya, ia diharap bakal mendapat sokongan di seluruh KKM.

Katanya, selepas itu, pihaknya melihat kemungkinan untuk bekerjasama dengan agensi lain yang menangani secara khusus kemiskinan haid.

Ditanya sama ada KKM juga akan melaksanakan pendidikan berkenaan haid, Dr Zaliha berkata, usaha sedemikian perlu melihat kerjasama antara agensi.

“Selepas itu kita akan lihat perincian termasuk perkara mengenai kesedaran berkenaan haid,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mengemukakan cadangan bagi meneruskan pemberian tuala wanita percuma seperti yang telah dilaksanakan dalam Belanjawan 2022, Dr Zaliha berkata perkara itu akan diteliti untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2023.

Sebelum ini, kerajaan telah memberikan bantuan bulanan kit asas kebersihan diri secara percuma kepada 130,000 remaja wanita B40 seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2022, sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap isu kemiskinan haid di Malaysia yang berada pada tahap membimbangkan.

Katanya, ia akan menjadi permulaan di peringkat nasional.

Kajian Kemiskinan dan Stigma Haid oleh Kotex, yang dijalankan sebelum ini mendapati seorang daripada dua pelajar perempuan didapati ingin ponteng sekolah ketika haid.

Media melaporkan, Pengarah Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia, Martina Jezdikova sebagai berkata, kajian yang membabitkan 746 responden perempuan berusia antara 10 hingga 24 tahun di seluruh negara itu turut mendapati lima peratus gadis juga tidak mampu membeli tuala wanita.

Selain itu, Pegawai Perubatan Perubatan Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr Wan Hilya Munira Mustapha, dilaporkan berkata, penggunaan bahan yang tidak bersih untuk menguruskan haid juga boleh menyebabkan risiko kesihatan lain manakala kekangan dalam bentuk fasiliti turut memberi kesan kepada tahap kebersihan wanita atau kanak-kanak perempuan dalam pengurusan haid mereka.

Baru-baru ini, ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2023, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan sejumlah RM200,000 bagi memberdaya kaum wanita termasuk kempen kesedaran serta penyediaan tuala wanita secara percuma.

BACA:

Ejen hartanah buat review rumah RM1.2 Juta Shuk Sahar, “banyak dia habis ni”

Iqbal akui takut dengan wanita, kini bersama anak pelakon wanita ternama

Netizen perasan muka Nabila Razali dah nampak tua