“Isteriku penjawat awam di agensi kerajaan, satu hari isteri tertinggal phone, aku terbaca mesej whatsapp buat aku terduduk”

Oleh FAHMI ABBAS

Saya Adam (bukan nama sebenar) berkahwin selama 8 tahun. Perkahwinan mana yang tak di landa badai, susah pada permulaan kahwin tapi masih tetap usahakan permintaan bekas isteri walaupun ikat perut.

Saya bercerai kerana bekas isteri TIDUR serta bercuti bersama bosnya di tempat kerja pada ketika itu bosnya berjawatan hanya timbalan ketua pegawai eksekutif.

Berapa lama mereka skandal saya tak pasti berapa lama, mungkin bertahun?Bekas isteri saya namakan Salina (bukan nama sebenar) bekerja dalam agensi kerajaan,

Sepanjang berkahwin saya usaha sediakan rumah yang selesa, minta dekorasi sehingga habis ratusan ribu serta kereta mewah untuk dia pakai pergi kerja (dibeli ketika saya mempunyai rezeki lebih) saya berkerja sendiri.

Duit gajinya saya tak pernah sentuh. Kepercayaan yang saya beri di balas dengan kekecewaan, perkahwinan kami tidak dikurniakan cahaya mata.

"Isteriku penjawat awam di agensi kerajaan, satu hari isteri tertinggal phone, aku terbaca mesej whatsapp buat aku terduduk"

Mungkin dalam diam dia mengambil pencengah kehamilan (mungkin) sebab Salina seorang yang jenis suka make up tebal bergaya untuk menunjuk kepada orang ramai.

Dia gemar akan pujian, tayang kemewahan pada orang lain, berlumba lumba dengan kawan kawan baiknya siapa kaya siapa mewah, siapa up to date.

Nafkah zahir batin memang sudah lama tak diberi kerana dia menolak (mungkin sebab dah dapat dengan skandal iaitu bosnya ketika itu). Saya seorang yang berkerja untuk menyenangkan family dan isteri tidak sangka perkahwinan jadi macam ni.

Hati seorang suami dapat rasa ada yang tak kena, satu hari dia tertinggal Handphone yang biasanya dia bawa kemana mana, entah macam mana bayangan no password Handphone berlegar di mata.

Saya tidak tahu password handphonenya, saya try buka, boleh buka pula, mungkin ALLAH nak tunjuk agaknya.

Saya terus mengunakan whatapps clone untuk copy QR code, luluh hati bila baca text bekas isteri bersama lelaki lain bercerita soal kejadian dalam hotel, bersetubuh pagi sebelum pergi kerja, cerita macam sepasang suami isteri.

Mereka check in sudah banyak kali, belum lagi hura hura dengar dia main dalam kereta yang saya beri pinjam untuk bawa kerja. (masa ni saya dengar orang bercerita tapi saya tak ambil serius)

Sepanjang jadi isteri dia tidak pernah melakukan tanggungjawab seorang isteri, buat kerja rumah bila dia rasa nak buat sahaja, masak kalau dia rasa nak makan sahaja, setiap hari kami makan di luar begitulah rutin selama berkahwin.

Saya bawa dia bercuti kemana saya dia mahu bahkan ke Eropah, apa saja dia minta saya beri tetapi tiada layan batin diberi, saya husnuzon tidak pula saya mencari wanita lain kerana saya sudah ada isteri, tidak pernah terfikir untuk ada perempuan lain.

Selepas kes kantoi saya foward semua conversation whattapps dia bersama skandal iaitu bossnya, dia melutut nangis teresak – esak.

Dia tipu saya, kata pergi outstation tetapi check in HOTEL depan rumah, (dari rumah dah nampak gah hotel) siap ambil cuti beli MC klinik berdekatan rumah (kantoi saya jumpa resit tarikh pada dia kata outstation) masa ni saya buat macam tak tahu apa- apa.

Saya still baca whatapps clone, dia tak tahu yang saya boleh baca, Saya buat perancangan, saya kata pada dia saya akan kerja luar daerah, dia terus beritahu skandal dia bahawa suaminya (saya) akan kerja luar mereka terus BOOK HOTEL.

Sepanjang saya kata saya kerja luar mereka tidur di hotel, saya pergi ke hotel yang mereka book (dapat tahu dari perbualan whatsapp yang sudah di clone)

Kereta saya yang di pakai oleh bekas isteri dan Skandalnya itu ada parking di basemen saya tunggu sampai tengah malam..

Sebenarnya saya cakap saja pergi outstation tapi ada saja tidur di rumah. sebab tahu dia akan check in, Saya buat laporan polis tetapi hotel tersebut tidak membenarkan mengganggu guest, HOTEL PUNYA SOP kerana PRIVACY.

Saya whatsapp dia macam biasa, katanya penat, ye la penat 10 kali round bersama skandal minta tidur awal, paling saya tak boleh terima dia siap ajak skandalnya datang raya di rumah terbuka.

Masa ni mak dia ada tidur di rumah, siap jantan tu hantar pada bekas janda saya “macam mana la satu hari nanti I ganti husband u pula” husband u dah la ada rumah..

Ketika ini saya dah tahu kecurangan dia. Tapi dia tak tahu lagi saya tahu, pedih simpan lama lama ni.

Dalam whatsapp mereka siap nak tebus talak lagi 2 juta, tapi saya dah ceraikan sebelum tu lagi.

Buat pengetahuan pembaca, bekas isteri saya ni janda juga sebelum saya kahwin dengan dia. Family dia macam seolah olah tutup mata anak tidur dengan jantan lain walaupun ada suami, siap suruh saya bertenang.

Oh lupa family dia banyak juga saya berabis buat rumah family dia, saya rasa dia tak nak bercerai takut nanti susah pula nak show off dengan orang kampung,

Sebelum tu adik beradik dia semua sama saja perangai, tinggal bini lain, bercerai lain, mungkin keturunan dia asal usul begitu.

Dia macam play victim, tak mengaku curang, sampai dia goda saya ajak main, ini silap saya termain ye la dan berbulan bulan menahan,

Selepas itu skandal dia boleh call, pergi la cek air mani sapa ada, ouh itu perancangan dia. Tak sangka sekeji itu, masa tu saya dah failkan penceraian. Banyak sangat drama dia buat.

Padahal bukti dah ada, dia mengaku dia curang katanya CURANG TU TAKDIR, TAK KAN JADI KALAU ALLAH TAK IZINKAN, saya tak tahu la bodoh dia tahap apa tentang agama.

Semua video pengakuan dia curang, whatsapp dia semua saya simpan. Selepas bercerai dalam EDDAH dia cuba untuk pujuk, goda saya tak layan sebab tahu taktik dia.

Habis tempoh eddah, dia tuntut harta sepencarian, buat pengetahun dia tiada sumbangan apa apa dalam harta saya mahupun rumah atau kereta, segala muka rumah dekorasi dan kereta saya beli cash menguna duit saya.

Saya tahu dia layak tuntut tapi masih keadaan tak sedar diri tiada sumbang langsung atau tak langsung.

Tidak layan saya selayaknya suami, masak untuk skandal bawa ke office, saya suami ketika itu, makan lebihan yang di masak untuk skandalnya, tapi untuk suaminya tidak.

Saya laporkan kepada pihak intergirity tempat mereka berkerja, tapi mereka memilih untuk tidak diadakan soal siasat dalaman.

Mereka meletakan jawatan kerana pekara ini heboh di pejabat mereka. Tapi saya pelik janda saya ni memang jenis tak tahu malu, boleh buat macam tak da apa berlaku. Mungkin dah biasa dari dulu kot dengan laki dulu sebelum saya. Mungkin ?

Dia menafikan dia curang sekeras kerasnya, mungkin dia lupa semua pengakuan dia masa nangis teresak esak, whatasp saya, video merayu siap tayang dada suruh saya balik. Masa tu dalam process penceraian.

Dia siap cakap tak kan tuntut apa apa. Tapi sebab saya ceraikan dia sebelum waktu yang dia rancang dengan skandal dia, mungkin dia jadi dendam. Mungkin? Tapi ambil la 2 juta kata nak tebus talak tu. Nak harta saya buat apa.

Saya lepaskan free dah tu.. jangan ganggu saya lagi dan pulangkan hak saya duit, kereta semua la yang dia ambil. Semua barang saya beli dia curi dan ambil masa masuk rumah.

Selamat saya balik awal kalau tidak semua dia punggah. Barang dalam rumah saya beli cash semua duit saya sendiri, oh lupa facebooknya pun masih tak delete gambar saya. Mungkin nak orang tahu dan nampak macam saya curang. Mungkin kot?

Saya tak kisah dia nak jual badan dengan siapa pun sekarang, saya cuma nak hak saya sahaja, dia kan selalu cakap, dia ramai orang puji cantik, bijak.

Saya rasa dia boleh saja cari lelaki kaya. Tu pun kalau ada memandangkan umur pun bukan muda lagi. Dia rasa diri boleh jual lagi. Jadi pulang saja semua apa yang bukan hak dia.

Dia rasa dia terlalu cantik kot tapi hakikat perkahwinan lebih dari tu, tapi ye la kan dari kahwin perempuan dah nak monopos baik orang kaya ni cari muda muda bergetah.

Untuk lelaki luar sana kalau nak kahwin, selidik latar belakang keluarga, pasangan kita macam mana, ini silap saya, dia janda pun saya tak pernah tanya sebab apa bercerai, sebab fikir tu masa lampau dia. Rupanya tu la.. perangai macam jalang sapa saja tahan.

SAYA TIDAK HALALKAN DUNIA AKHIRAT APA YANG DIA DAN KELUARGA DIA MAKAN DARI DUIT SAYA. TITIK PELUH SAYA SELAMA INI. Dengan orang kampung mungkin la dia boleh tipu, tapi bukan ALLAH, dia boleh buat cerita berkenaan saya, tapi kebenaran tu ada.

Inshaa Allah kebenaran akan menenggelamkan kebatilan. Pelik orang sebegini, curang, mengaku ada jantan lain duduk dalam satu bilik hotel (ni ada pengakuan dari dia melalui text) tapi bila dalam mahkamah semua tak mengaku.

Mohon pembaca doakan urusan saya dipermudahkan nanti, di beri kebahagian dunia dan akhirat. Terima kasih.

Yang benar,

– Jejaka Bukan Dambaan (Bukan nama sebenar)

BACA: “Kereta yang ada belum habis bayar, dia minta baru, aku dua kali lalu JAIS, fikir patut tak bercerai, sekali kawan hantar gambar isteri tengah..”