“Isteri tak dengar nasihat, selalu maki, keluar tanpa kebenaran, date dengan lelaki lain, sekali jawapan hakim buat isteri tunduk
Ada satu kisah dimana seorang isteri membuat permohonan penceraian di Mahkamah Syariah.
Semasa perbicaraan, Hakim bertanya kepada Plaintif (Isteri)
Hakim – Kenapa kamu buat permohonan cerai ini?
Plaintif (Isteri) – Saya sudah tidak bahagia, kami tidak ada sefahaman. Sering berlaku pergaduhan dan suami sering tiada di rumah.
Lalu Hakim bertanya kepada Defendan (Suami).
Hakim – Kamu tahu tuntutan apa yang dibuat oleh Plaintif (Isteri) kamu?
Defendan (Suami) – Tahu Tuan Hakim…
Hakim – Kamu setuju dengan tuntutan isteri kamu?
Defendan (Suami) – Mula saya tak setuju, tapi dia paksa saya ceraikan dia.
Hakim – Kamu setuju atau tidak?
Defendan (Suami) – Setuju tuan hakim.
Hakim – Boleh terangkan kepada Mahkamah kenapa wujud tidak kefahaman, pergaduhan dan sering tiada di rumah?
Defendan (Suami) – Saya bekerja Rider Delivery, isteri saya tak dengar nasihat saya, selalu maki hamun saya, keluar rumah tanpa kebenaran saya, keluar berduaan dengan lelaki lain ketika dia kerja dan outstation.
Hakim bertanya semula kepada Plaintif (Isteri)
Hakim – Adakah betul dakwaan Defendan (Suami) kamu?
Si Isteri tunduk dan menjawab…
Plaintif (Isteri) – Betul Tuan Hakim..
Hakim – Lahaulawalaquwataillabillah, Siapa lelaki tersebut?
Plaintif (Isteri) – Kawan tempat kerja…
Hakim – Adakah dia bujang?
Plaintif (Isteri) – Duda, Tuan Hakim
Hakim – Astagfirullah, sepatutnya kamu jangan kerja, duduk rumah! Apa akan berlaku kepada kamu jika saya meluluskan penceraian kamu pada hari ini?
Plaintif (Isteri) – Saya akan berkahwin dengan lelaki tersebut Tuan Hakim.
Hakim – Kamu yakin kamu akan bahagia bersama lelaki tersebut?
Plaintif (Isteri) – InsyaAllah saya akan bahagia..
Hakim – Kamu jangan main dengan kalimah Allah demi menutup kesalahan kamu!!!
Hakim buat keputusan, Defendan (Suami). Mahkamah meluluskan permohonan Plaintif (Isteri). Defendan hanya dibenarkan lafaz talak rajie talak satu sahaja.
Hakim – Sebelum itu, Defendan (Suami) kamu ada apa-apa nak cakap pada isteri kamu?
Suami senyap seketika dan cuba lihat muka isteri. Namun isteri pandang arah lain.
Defendan (Suami) – Tiada Hakim…
Hakim – Plaintif (Isteri), ada apa-apa kamu nak cakap kepada suami kamu?
Isteri perlahan-lahan tengok muka suami dengan rasa penuh bersalah.
Plaintif (Isteri) – Tiada Hakim…
Hakim – Plaintif (Isteri), pergi salam suami kamu, minta maaf dengan dia…
Plaintif (Isteri) – Abang, sayang minta maaf selama ini menjadi isteri abang. Halalkan makan minum sayang selama kita hidup bersama.
Menitis air mata seorang suami…Angguk kepada memaafkan isterinya sambil hulurkan tangan kanan dan tangan kiri atas kepala isteri.
Akhirnya bercerai dengan kebenaran mahkamah.
Komen warganet :
Nagamara – Kena ada undang-undang baru, isteri minta cerai kena bayar balik semua kos nikah dan segala urusan, kesian lelaki nabung dari zaman bujang, terutama yang b40.
Pendosa – Macam kisah aku je, bini curang dengan askar..Baru je mereka berkahwin, kifarah is real.
Kuraku1992 – Isteri tetap kena jawap diakhirat
Zakir Mahat – Biasa kes cerai aje mesti tunding jari kepada pihak suami tak pandai nak jadi ketua keluarga dan mindset orang sekarang. tetapi sebaliknya.
Ayen – Bila dah ada orang ketiga, sah-sah alasan utama takde sefahaman, kebanyakan kes macam ini memang tak boleh go on lagi..sebab dah tawa..i feel u bro
BACA:
Kalah kucing mat! Wanita ini pecah rekod dunia, lahirkan anak kembar sembilan
Ustazah selebriti terkenal dijemput ajal lepas tadarus al-quran di Masjid