Seorang wanita memfailkan perceraian hanya 40 hari selepas perkahwinannya kerana
suaminya jarang mandi, lapor portal Hindustan Times semalam.
Menurut India Today, suaminya dikatakan hanya mandi sekali atau dua kali sebulan,
menyebabkan masalah bau badan yang sukar diterima oleh isterinya.
Selepas 40 hari hidup bersama, wanita itu memutuskan untuk berpisah dan keluarga wanita tersebut turut membuat
aduan gangguan perkahwinan kepada pihak polis serta memohon perceraian, menurut seorang kaunselor pusat keluarga.
Wanita itu kembali ke rumah ibu bapanya selepas bertengkar dengan suaminya. Walaupun suami akhirnya bersetuju
untuk memperbaiki kebersihannya, wanita itu tetap bertegas untuk tidak lagi tinggal bersama, menurut India Today.