Isteri Letih Tegur Suami Hisap Vape Pods Dekat-Dekat, Akhirnya Anak Yang Merana

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Pernahkah anda mendengar mengenai istilah Secondhand Smoke (SHS)? Ringkasnya,

ia merujuk kepada seseorang yang secara tidak sengaja menghirup ‘asap terpakai’ yang mengandungi bahan seperti tembakau, arsenik, plumbum ataupun nikotin.

Mungkin ada yang fikir ini cuma hal kecil, hakikatnya ia mampu membawa kesan buruk yang cukup merisaukan.

Isteri Letih Tegur Suami Hisap Vape Pods Dekat-Dekat, Akhirnya Anak Yang Merana

“Abiy, jangan hisap Pods…Ada anak ni”..Letih jaga bapa daripada anak

Baru-baru ini juga menerusi TikTok seorang wanita, dia sempat berkongsikan detik-detik hitam sewaktu kesihatan anak perempuannya terjejas gara-gara tabiat suaminya yang menghisap Vape Pods.

Menurutnya, dia sudah penat berkali-kali ingatkan lelaki berkenaan agar tidak menghisap Pods jika anak sedang ada berdekatan.

@suzilashuhadahletih jaga pok dari anok,ckp ngn pok dok faham bhasa ckp ngn anok lagi la dok faham.Alhamdulilah skrang kalu isap pod depan ank awal awal kene halauuu😏

♬ original sound – MVM Music

Cakap dengan Pok (bapa) dok faham bahasa…Sekarang hisap depan-depan kena halau

Akan tetapi, teguran itu tidak didengari umpama masuk ke telinga kanan, keluar telinga kiri.

Ibu bapa mana yang tidak risau apabila melihat keadaan anak jadi teruk begitu.

Dapat disaksikan daripada beberapa gambar yang dikongsikan ibu ini ketika berada di pusat perubatan, sistem pernafasan anaknya terjejas sehingga terpaksa diberikan rawatan nebulizer.

Anak saya pernah macam ni, 5 hari masuk ICU…Kita yang penat jaga

Melalui ruangan komen, rupanya ramai wanita berkongsikan dilema sama.

Apabila ditegur, ada pula suami akan melenting sehingga menyebabkan pertengkaran berlaku.

BACA: “Suami jadi biawak hidup tak pernah bagi nafkah anak, mak aku bagi kerja pun dia memilih nak gaji RM1800 je dahlah spm je dia ada