Perempuan mana yang tidak berasa terkilan apabila suami sendiri menyatakan hasrat untuk menambah isteri baru?
Jika dengan izin pun ia sudah menyakitkan, bayangkan bagaimana perasaan isteri pertama yang dimadukan secara senyap tanpa pengetahuan mereka
Pahit untuk ditelan, namun inilah realiti pahit yang terpaksa dihadapi oleh segelintir individu di luar sana.
Isteri kedua datang untuk menuntut faraid
Baru-baru ini, seorang agen takaful berkongsi kisah ketika dia mengendalikan urusan pusaka sebuah keluarga.
Setelah si suami pergi menghadap Ilahi, seorang wanita yang mengaku sebagai isteri kedua muncul dan akhirnya membongkarkan rahsia yang telah disimpan rapi selama ini
. Perasaan sedih yang dialami oleh isteri pertama bertukar menjadi kemarahan, hingga dia bertindak menampar wajah suaminya.
Isteri mengamuk terhadap suami yang telah meninggal… Sorokkan isteri kedua di rumah hujung jalan
Dalam satu lagi kisah serupa, seorang wanita terkejut dengan kehadiran seorang penduduk wanita yang tinggal di rumah hujung jalan.
Ketika dia sedang meratapi pemergian suami yang sudah terbujur kaku, jiran tersebut mengaku bahawa dia adalah isteri kedua Allahyarham. Selama 10 tahun, perkahwinan kedua itu berjaya dirahsiakan daripada isteri pertama.
Ini menunjukkan isteri kedua sudah tahu status itu dari awal
Menjengah ke ruangan komen, netizen memberikan pendapat masing-masing. Tidak ketinggalan juga yang mendedahkan cerita-cerita yang pernah mereka ketahui.
BACA: Mengejutkan! Budak sekolah rendah buat servis seks serendah RM10