Keunikan pasangan berlainan budaya ini telah menarik perhatian ramai di TikTok.
Paul Desmond Parker, seorang lelaki Australia, bukan sahaja fasih bertutur dalam bahasa Melayu, malah ‘drama’ lucu bersama isterinya, Ruwaidah Mokhtar, sering mencuit hati pengikut mereka.
Dalam satu video, Paul bertanya kepada Ruwaidah, “Apa maksud ‘entahlah’, sayang?” setelah menemui perkataan itu dalam komik berbahasa Melayu.
Ruwaidah berkali-kali menjawab, “I don’t know,” sehingga Paul akhirnya memahami makna sebenar perkataan tersebut.
Kenalan Hingga ke Pelamin
Ruwaidah, 32, dan Paul, 43, mula berkenalan pada 2014 sebelum mendirikan rumah tangga pada 2017. Paul, seorang jurutera teknologi maklumat dari Melbourne, mula bekerja di Malaysia pada 2013 dan kini menetap di Johor bersama isteri dan dua anak mereka.
Menurut Ruwaidah, suaminya pada mulanya belajar bahasa Melayu dengan membaca surat khabar setiap hari. “Dia bercakap bahasa Melayu formal dengan pemandu teksi atau Grab kerana belajar dari surat khabar. Selepas kenal saya, dia mula belajar bahasa pasar untuk berkomunikasi lebih santai,” katanya.
Belajar Bahasa Pasar dari Komik
Untuk membantu melancarkan pertuturan suaminya, Ruwaidah membeli komik yang menggunakan bahasa pasar.
“Dia belajar banyak melalui komik. Kalau ada yang dia tak faham, dia akan tanya saya. Di rumah, kami juga bercakap dalam bahasa Melayu dengan anak-anak,” ujarnya.
Cinta Kain Batik dan Sambal
Selain fasih berbahasa Melayu, Paul turut menggemari budaya tempatan. Ruwaidah berkongsi bahawa suaminya mula memakai kain batik selepas melihatnya berpantang anak kedua.
“Habis pantang, suami pula suka pakai kain batik saya. Katanya kain pelikat tak cantik,” jelasnya sambil ketawa.
Paul juga dikenali sebagai pencinta makanan pedas. “Lagi pedas, lagi dia suka.
Kalau pergi rumah orang, dia selamba minta sambal atau cili potong. Katanya, sambal itulah nikmat sebenar makan,” kata Ruwaidah secara berseloroh.
Pasangan unik ini terus memikat hati ramai dengan kisah manis dan telatah lucu mereka, membuktikan bahawa perbezaan budaya bukan halangan untuk saling memahami dan mencintai.
BACA: Wanita geram rakan serumah galak buat ‘video call’ dengan BF sampai nampak aurat orang lain
토토커뮤니티에서 당신의 배팅 실력을 업그레이드하세요.
https://www.youtube.com/watch?v=3qcv2XSTRoI&t=3s