Isu kecil dalam perkahwinan sering kali dipandang remeh oleh sesetengah pasangan, namun jika tidak ditangani dengan bijaksana,
ia boleh mencetuskan masalah besar yang menjejaskan keharmonian rumah tangga.
Salah satu contohnya adalah tabiat pasangan yang mengabaikan kebersihan diri, yang boleh menjadi punca ketegangan dalam perhubungan.
Seorang wanita baru-baru ini berkongsi cerita di laman sosial mengenai rumah tangganya yang semakin hambar akibat tabiat buruk suaminya yang malas menggosok gigi.
“Dulu dia rajin gosok gigi, tapi masuk tahun keempat perkahwinan, dia mula menunjukkan sikapnya.
Sekarang dah lima tahun berkahwin, dalam dua minggu, saya rasa hanya empat kali saya nampak dia gosok gigi,” tulisnya.
Wanita itu menjelaskan bahawa dia sudah berkali-kali menasihatkan suaminya, namun usaha tersebut tidak berhasil. Walaupun ramai yang memberi pendapat bahawa suaminya mungkin menghadapi masalah mental atau ketagihan, wanita ini yakin bahawa suaminya tidak terlibat dalam perkara tersebut.
“Dia tak ambil dadah, mental dia pun ok lagi. Cuma masalahnya, saya dah banyak kali nasihat tapi dia tetap malas,” luahnya.
Tabiat buruk suaminya yang mengabaikan kebersihan diri turut memberi kesan terhadap hubungan intim mereka. “Bila dia ajak saya ‘bersama’, saya rasa tak lalu sebab bau busuk. Dalam setahun, boleh dikira dengan jari berapa kali saya terima ajakan dia,” tambahnya.
Wanita itu juga berkongsi perasaan frustasinya dan rasa tawar hati dengan sikap suaminya.
“Sampai saya terfikir nak pergi pejabat agama untuk tuntut cerai. Boleh ke tuntut cerai kalau suami tak gosok gigi dan kita rasa jijik nak bersama?” katanya.
Perkongsian ini mengundang pelbagai reaksi dari warga maya, yang menyuarakan rasa simpati dan memberi nasihat. Ada yang berpendapat bahawa kebersihan adalah asas dalam sebuah perhubungan, dan mencadangkan agar pasangan tersebut berbincang dengan lebih terbuka.
Ada juga yang menyarankan agar wanita tersebut memberi sedikit masa dan mungkin membantu suaminya untuk mengubah tabiat buruk itu.
“Banyak je orang bercerai sebab masalah macam ni. Walaupun nampak remeh, tapi yang menanggungnya je yang tahu. Memang susah nak hadap orang yang tak menjaga kebersihan,” komen seorang netizen.
BACA: Siapa sangka, ikan yang ada dalam tin sardin dijual dengan harga RM6 juta!