Isteri dari neraka, wanita ini tergamak cuba bunuh suami demi dapatkan pampasan insuran
DEMI mendapatkan wang faedah kematian, seorang isteri tergamak meracuni suaminya dengan hidangan kopi bercampur peluntur pakaian selama sebulan.
Perbuatan kejinya terbongkar menerusi beberapa kamera tersembunyi yang dipasang di seluruh rumahnya.
Tindakan itu dilakukan Roby Johnson selepas mendapati air kopi yang dihidangkan isterinya, Melody Johnson berasa pelik.
Susulan daripada itu, anggota tentara udara Amerika Syarikat ini melakukan ujian dengan mencelupkan kertas ujian pH air ke dalam kopi.
Dia kemudiannya terkejut selepas mendapati kandungan klorin di dalam kopi yang dihidangkan isterinya itu, adalah tinggi.
Pun begitu, sepanjang tempoh sebulan berada di Jerman atas urusan kerjanya, dia berpura-pura ‘menikmati’ kopi tersebut.
Sejurus selepas pulang semula ke Amerika Syarikat, Roby membuat laporan polis bersama bukti yang disimpannya.
Melody akhirnya ditahan dan didakwa di mahkamah atas cubaan membunuh suaminya dengan memberi racun.
Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan akan dibicarakan semula pada 6 September ini
BACA: Rupanya ini beza diesel hos hitam dan hos biru yang ramai tak tahu