Isteri Caprice ‘suka’ dikecam, jualan produk dan pengikut akan meningkat. Isteri kepada penyanyi rap dan usahawan Caprice, Farra Inalis, tampil menjawab faktor dirinya tidak melenting apabila menerima komen yang kurang enak daripada segelintir warganet terhadapnya.
Perkara tersebut dikongsikan Farra yang lebih mesra disapa sebagai Elis menerusi sebuah perkongsian terbaharu di entri Instagram miliknya.
Dia tampil menjawab selepas ada salah seorang warganet bertanya soalan mengenai tip untuk kekal tenang ketika dikecam teruk para netizen.
Menurut Farra, dia menyifatkan kata-kata cacian tersebut adalah sebahagian daripada keuntungan dalam pemasarannya.
“Nak puaskan hati manusia? sampai kiamat pun memang tidak mampu. Kenapa Elis nak melenting kalau orang caci maki atau nak komen bukan-bukan.
“Sedangkan mereka sedang memberi faedah kepada saya tanpa mereka sedar.
“Tular, buatkan saya lagi tambah pengikut dan lonjakkan jualan. Untung pemasaran percuma. Bukan saya minta, mereka sendiri pergi suka rela nak tolong,” katanya.
Mengulas lanjut, Farra turut memaklumkan urusan dosa dan pahalanya adalah urusannya dengan Yang Maha Esa.
“Sanggup komen macam-macam untuk puaskan hati sendiri walaupun tidak pernah kenal saya, inilah dinamakan manusia yang ada penyakit hati.
“Walupun saya free hair… tidak bermakna saya jahat. Berdosa urusan saya dengan Allah, saya boleh minta maaf dan bertaubat bila tiba masanya.
“Saya dengan suami itu urusan antara kami, tidak perlu nak tolong ingatkan saya ‘kesian suami tanggung dosa’. Hello, suami saya tahu dia kahwin dengan siapa,” ujarnya.
Dalam pada itu, dia menegaskan pihak di luar sana tidak berhak menghukum seseorang kerana setiap perkara yang dilakukan adalah pilihan masing-masing.
“Korang sesama manusia tidak berhak nak menghukum, pilihan masing-masing.
“Bagi saya, semua komen negatif saya anggap mungkin, mak cik atau pak cik bawang yang perlukan perhatian atau nak tumpang glamour di komen, biarkan lah.
“Kesian hidup sunyi sangat, tiada benda menarik kan? Mungkin dengan fitnah atau hina orang boleh buat dia rasa bahagia,” tulisnya panjang.
Sekadar informasi, Caprice dan Farra mendirikan rumah tangga pada pertengahan November 2021.
BACA:
Filem Mat Kilau dilanda kontroversi walaupun belum ditayang
Didakwa buat khidmat seks, akhirnya Fiza Halim tampil bersuara
Semua pengasas produk selamba tayang punggung, siap kena ‘raba’ sorang-sorang