Isteri Caprice dituduh berzina? Sekali ini respon padu Caprice

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Baru-baru ini, penyanyi rap, Caprice mengumumkan khabar gembira mengenai isterinya, Farra Inalis yang kini sedang hamil lima bulan.

Disebalik khabar gembira berkenaan, terselit komen negatif seorang netizen yang mempersoalkan bapa kepada bayi di dalam kandungan

Dan memberikan kata-kata lucah sehingga mengguriskan hati isterinya itu.

Isteri Caprice dituduh berzina? Sekali ini respon padu Caprice

“Terima kasih Kak Liza sebab buktikan yang seorang macam Mondy yang bertattoo jauh beza lebih baik daripada seorang yang nampak sopan / ayu macam akak.

Di sebab ramai keluar kata-kata lucah macam ni dan buat isteri saya terguris hati. I decided to padam the late posting regarding our upcoming baby.”-tulis Caprice di Instagram

“Ni Satu Tuduhan Berzina…”

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal terhadap komen wanita berkenaan yang memberikan ‘kiasan kepada tuduhan berzina, malah ada yang meminta Caprice untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terlibat.

“Uish ni satu tuduhan berzina. Berat hukumannya kalau ada hudud. Dekat dunia tak kena hukuman, dekat akhirat hukumannya tetap ada. Tuduhan berzina bukan perkara yang boleh buat main-main. Mohon bertaubat dan minta maaf pada tuan empunya badan.”

“Orang baru nak happy happy share berita gembira. Datang akak ni kemain lagi jari dia menaip ya. Orang tak kacau kau, kau jangan kacau orang. Suka, tengok. Tak suka, jangan tengok. Mudah.”

“Saman je Cap biar dia lebih jaga-jaga next time. Ceh! Menyampah dengan perempuan macam ni.”

Mereka baru sahaja berkongsi khabar gembira, boleh pula ada yang melemparkan tuduhan yang bukan-bukan.

.Sama-sama kita doakan yang baik-baik sahaja buat Caprice sekeluarga.

BACA: “Ayah lempang abang lepas dia lafazkan cerai, abang terduduk bila ayah cakap dia menyessal dapat anak dayus macam ini”