“Isteri aku kecil hati, aku kerap tolak hubungan intim dengan dia atas faktor kebersihan, aku bagi duit belanja cantikkan diri pun tak jalan!”
Seperti yang semua maklum, kategori najis ada tiga. Mukhafafah (ringan), Mutawasitah (pertengahan), Mughalazah (berat).
Biasanya dalam kehidupan seharian, kita banyak terlibat dengan pengurusan najis pertengahan.
Dan seperti yang semua sedia maklum, cara membersihkan najis kelas pertengahan ini ialah dengan menggunakan air mutlak sehingga hilang bau warna dan rasa.
Hari ini, aku nak kongsi kisah isteri aku. Sama seperti tajuk, aku tak dapat meletakkan kategori dimana dia berada.
Isteri aku seorang suri rumah sepenuh masa dengan anak lelaki 2 orang (2 dan 5 tahun). Setiap pagi dia akan bangun awal memasak sebelum anak pergi ke tadika.
Aku hanya minum pagi dengan biskut kering sahaja. Kami semua sekeluarga ada masalah resdung, tapi bini aku paling teruk.
Aku sarankan untuk berjumpa doktor sentiasa ditolak dengan alasan buang duit. Dulu masa sebelum kahwin ada la juga dia pergi ke klinik untuk pakai nasal spray.
Masalah resdung ni sangat menggangu dia sampai terkencing kerana bersin yang sangat kerap sehinggalah, kain tuala isteri aku berbau hancing.
Tapi dia tetap akan sidai kain tuala, mandi pakai kain tuala yang sama. Kadang² sampai berminggu tak ditukar. Dalam almari ada ja 2-3 pasang kain tuala yang menunggu untuk dibasahkan.
Kain tuala anak sampai jadi keras, berdaki pun tak ditukar sehinggalah aku ambik buang.
Aku ada perasan yang dia agak berkecil hati aku kerap menolak hubungan intim.
Aku tak pernah maklum kepada dia, yang kerap kali rambut panjang dia berbau hapak, mulut pun berbau (mungkin sebab resdung).
Saja aku cuba ubah gaya hidup dengan beli listerine untuk dia pakai sebelum tidur.
Ada juga aku bagi hint supaya dia mandi petang jam 6-7 malam, supaya wangi sikit bila nak peluk. Dia tetap memilih untuk mandi jam 3 petang dengan alasan banyak kerja nak buat.
Kadang-kadang aku saja cakap mulut aku yang berbau busuk resdung. Pun dia tak alert juga.
Kain lap meja, lap dapur share dengan kain nak lap muntah anak. Kadang sampai berlendir. Aku ambik, letak dalam toilet baru nak tukar.
Aku suruh rendam, sebelum basuh, pun asyik lupa. Di biar dalam second toilet yang jarang pakai.
Rumah ni ingat seminggu 3 kali ja kot sapu. Mop tak tahu la. Mungkin dia buat masa aku pergi kerja.
Katanya anak suka sepah dan bagi kotor rumah. Memang anak aku ni aktif lain macam. Tapi bukan autisme la.
Aku suspek anak aku dok bersin pun sebab habuk yang tak lap kat dalam bilik tidur.
Ada sekali tu kat rumah mak mertua aku tengok anak saudara berak berterabur, adik ipar aku dengan rilek kutip macam kacang, buang dalam tong sampah.
Tiada tindakan susulan untuk lap kesan najis tu. Mungkin memang tak dididik kot dari keluarga mertua berkenaan kebersihan.
Baju yang kena kesan muntah anak tak pernah dia rasa nak berus dulu sebelum masuk dalam mesin.
Kadang-kadang masa aku kutip dari mesin, ada nampak kesan muntah yang dah kering, melekat kat baju sampai tak keluar.
Tapi bab menyimpan rumah dia rajin. Anak punya mainan dia simpan, baju dilipat elok, pinggan mangkuk tak pernah tinggal dalam singki.
Masak makan hari-hari.
Aku dah bagi hint dengan ajar cara bersihkan najis pun tak jalan. Nak kondem direct, nanti termalu pulak. Sapu rumah, dengan mop rumah dah suruh.
Dia mengangguk macam faham. Nak beli mesin memudah cara, tak mampu pula aku.
Nilai RM jatuh, harga mesin mahal nak mampus. Nak hired maid pun nanti kata aku ada scandal dengan warga asing pula.
Duit belanja aku bagi dengan harapan dia nk menguruskan diri. Pun tak jalan.
Dia rela habiskan duit dengan keluarga mertua, buat apa aku tak pernah tanya sebab dah jadi duit dia.
Apakah punca masalah ni dan bagaimana cara mengatasi masalah ini?
BACA:
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio