Istana tak benar masuk, Adun PN kecewa

Istana tak benar masuk, Adun PN kecewa

Jeffrey Kitingan kecewa apabila pihak Istana Negeri tidak membenarkan mereka mengadap Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

Katanya, tujuan mereka untuk bertemu dengan Juhar adalah bagi mendapatkan penjelasan berhubung pembubaran DUN Sabah.

“Kami mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan dan agak pelik pihak istana tidak membenarkan kami masuk sedangkan semalam, wakil perdana menteri iaitu Hamzah Zainudin bertemu dengan TYT (Tuan Yang Terutama) dan menyatakan kami sudah ada majoriti.

“Semua 33 Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) ada di sini, bukan hanya surat tetapi juga badan tetapi kami tidak dibenarkan masuk,” katanya ketika ditemui hari ini.

Terdahulu, bekas ketua menteri Musa Aman bersama rombongannya dihalang masuk ke laluan Istana Negeri, namun kemudian beredar selepas kira-kira 1 jam setengah iaitu pada 5.30 petang.

Rombongan lebih 10 kenderaan itu mula ditahan polis yang melakukan sekatan berhampiran Bulatan Nanas di Jalan Istana pada 3.50 petang.

Terdahulu, Musa dalam sidang medianya, hari ini, mengumumkan mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan dan mendakwa pembubaran DUN adalah tidak wajar.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/07/30/jeffrey-kecewa-pihak-istana-tidak-benarkan-mereka-masuk/

COMMENTS