Istana masih menanti cadangan nama MB baru, Umno mesyuarat petang ini

Oleh MHDAILY

Belum ada calon untuk dilantik sebagai menteri besar Perak ketika ini walaupun Sultan Nazrin Shah sudah menerima mengadap pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Umno hari ini.

Ahli Dewan Negara Perak, Mohd Annuar Zaini, berkata pagi tadi Sultan Perak mendengar semua pandangan yang diberikan pemimpin parti dan bukan menjadi tanggungjawab baginda untuk mencampuri urusan parti terbabit.

“Baginda Sultan hanya boleh menasihatkan mereka agar carilah formula yang terbaik untuk menubuhkan kerajaan dan pimpinan yang baru… itu saja,” katanya kepada media di luar pekarangan Istana Kinta di Ipoh hari ini.

Baca Artikel Penuh