Israel ‘kantoi’ curi video kursus jenazah di Malaysia sebagai tujuan propaganda

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Selain daripada mengebom ke lokasi-lokasi awam di G4Z4, regim 1sr4el turut giat menyebarkan video di media sosial

Dengan harapan mendapatkan sokongan daripada warga maya di seluruh dunia.

Baru-baru ini, terdapat sebuah video yang mendakwa rakyat Malaysia “memalsukan kematian” mereka sendiri yang menjadi viral di media sosial.

Israel 'kantoi' curi video kursus jenazah di Malaysia sebagai tujuan propaganda

Video ini berjaya menarik lebih daripada 1.3 juta tontonan melalui platform media sosial yang dikenali sebagai X.

Media 1sr4el dengan segera berkongsi video tersebut dengan harapan untuk membuktikan bahawa ia merupakan sebahagian daripada propaganda pihak perlisterutamanya untuk mengelirukan orang awam.

Walau bagaimanapun, laporan daripada Forbes telah mengungkapkan bahawa video tersebut bukanlah berkaitan dengan konflik hamas-israel terutamanya.


Sebaliknya, video itu telahpun beredar pada bulan Ogos yang lalu dan tidak mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kejadian di Timur Tengah sebagaimana yang didakwa.

Satu akaun media pro-perlis dengan nada sinis telah berkongsi video tersebut dengan tajuk “Rakyat Malaysia yang ‘kembali dari kematian’.

@metjetak17 innalillah arwah dulu satu longgok pco #y15zrmalaysia #longgokpco🚀 #taktiputakdepan #8tat ♬ Sin Pijama Remix_ZINYO FUNKYTONE – 𝒀𝒖𝒏𝒖𝒁 𝑭𝒖𝒏𝑲𝒚🎶


” Tetapi, reaksi daripada warga maya adalah berbeza di mana ramai yang menjelaskan bahawa video tersebut tidak berlaku di Malaysia disebabkan ciri-ciri fisiognomi dan pakaian individu dalam video tersebut mengesahkan bahawa mereka adalah warga Asia.

Ternyata, video ini sebenarnya diposkan daripada akaun TikTok @matjetak19 yang berpusat di Malaysia dan telah dikongsikan pada 19 Ogos, sebelum berlakunya sebarang konflik antara G4Z4 dan 1sr4el.

Setelah pemerhatian yang teliti, video tersebut menunjukkan persembahan kursus pengurusan jenazah yang dijalankan di sebuah masjid. Ia menunjukkan warga tempatan yang berkumpul di sekitar peserta yang sedang berlakon sebagai mayat untuk tujuan latihan praktikal.

Tambah pula, kehadiran alat seperti projektor, mikrofon, dan laptop menunjukkan bahawa kursus sebegini adalah perkara biasa yang diadakan di negara ini.

BACA: Netanyahu bukan lagi seseorang yang boleh diajak berbincang. Kami telah memutuskan hubungan dengannya – Erdogan