Ira Kazar didakwa langgar taklik, UAI jelaskan apakah maksud cerai taklik ramai tak tahu

Oleh SURIANI HAMDAN

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, telah memberi penjelasan mengenai konsep cerai taklik yang kadangkala berlaku dalam kalangan pasangan suami isteri.

Dalam satu perkongsian yang dimuat naik semula di TikTok, Ustaz Azhar menjelaskan mengenai cerai taklik sebagai jawapan kepada soalan seorang individu.

Cerai taklik ini boleh dibahagikan kepada dua jenis: taklik biasa tanpa kaitan dengan perbuatan,

Dan taklik yang berkait dengan perbuatan. Kebiasaannya, cerai taklik berkaitan dengan perbuatan.

Untuk memudahkan pemahaman, Ustaz Azhar memberikan contoh situasi cerai taklik:

Ira Kazar didakwa langgar taklik, UAI jelaskan apakah maksud cerai taklik ramai tak tahu

“Contohnya, jika suami mengatakan, ‘Jika awak pergi juga ke rumah kawan awak di Seberang Takir, maka jatuh satu talak.’ Itu adalah cerai taklik.

Namun, jika isterinya pergi ke Seberang Takir tetapi tidak ke rumah kawannya, maka itu tidak menyebabkan talak.

Sekiranya isterinya tidak pergi ke rumah kawan tersebut selama 50 tahun, tetapi pada tahun ke-51 dia pergi, maka talak akan jatuh walaupun ketika itu suaminya sudah nyanyuk.

Walau bagaimanapun, cerai taklik hanya akan sah jika isteri diberi pilihan. Contohnya, jika suami berkata, ‘Sekiranya kamu bernafas selepas ini, maka jatuh talak,’ itu tidak sah dan tidak boleh diterima.”

BACA: ‘Orang tua kampung rajin pergi kuliah surau tapi otak kuning’ Wanita bengang makcik-makcik bawang tiada topik lain selain lucah