SUDAH bosan dengan gaya hidup mewah, usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli mengambil keputusan
untuk menjual barangan berjenama miliknya yang kebanyakannya tidak lagi digunakan.
Menurut Iqbal, 30, fokus utamanya kini adalah kepada perniagaan yang sedang diusahakan, bukan lagi mengejar kemewahan.
“Banyak barang mewah saya bernilai ratusan ribu ringgit, ada juga yang saya dapat melalui tajaan.
Barang-barang yang tidak saya gunakan, saya jual semula. Bosan juga hidup terlalu mewah.
Sekarang saya lebih banyak fikir tentang bisnes,” katanya.
Iqbal berkongsi perkara itu melalui ruangan soalan di Instastory miliknya pada Rabu.
Dalam perkongsian tersebut, Iqbal turut mendedahkan bahawa dia pernah menghabiskan sehingga RM1 juta dalam tempoh seminggu kerana sikap boros. Namun, sikap itu kini telah berjaya diubah.
“Beberapa tahun lalu, saya memang boros. Tanpa sedar, saya boleh habiskan RM1 juta dalam seminggu sahaja.
“Namun, sekarang keadaannya sangat berbeza. Saya lebih fokus kepada komitmen lain yang lebih penting berbanding kehendak diri sendiri, terutama apabila pendapatan itu dihasilkan daripada usaha saya sendiri,” jelasnya.
BACA: Kak KM beri nasihat kepada individu hidap ‘Anxiety’ kena selalu duduk dekat dengan Ibu ini sebabnya