Seorang ejen insurans, Fahmie Othman, telah memuat naik sebuah tangkap layar perbualan bersama salah seorang pelanggannya yang mencuri perhatian ramai.
Dalam perbualan tersebut, seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati apabila adik iparnya menerima hibah
sebanyak RM300,000 daripada arwah suaminya yang telah meninggal dunia empat tahun lalu.
Wanita tersebut mendakwa tidak berpuas hati kerana wang hibah itu tidak dikongsi bersama ahli keluarga lain.
Dia turut mempersoalkan isu faraid, menyatakan bahawa jumlah sebanyak itu sepatutnya diagihkan kepada keluarga dan adik-beradik arwah.
Susulan isu tersebut, Fahmie turut memberikan pandangannya mengenai hibah dan kepentingan memahami hukum agama.
“Kalau macam ni, dikira ‘Ipar Adalah Maut’ jugak ke? Tapi ini versi takaful. Bila kurang ilmu agama, beginilah jadinya.
“Bila bicara soal harta, semua nak jadi ustaz dan ustazah jadian. Gelap mata, busuk hati. Sampai hibah pun nak kena faraid. Jahilnya kita ni,” katanya dalam hantaran tersebut.
Hibah adalah pemberian yang dibuat semasa hayat seseorang kepada penerima yang dipilih, dan ia tidak tertakluk kepada faraid selepas pemberi hibah meninggal dunia.
Hal ini menekankan kepentingan memahami konsep hibah dan hukum-hakam berkaitan harta pusaka agar tidak timbul salah faham dan konflik keluarga.
BACA: Kak KM beri nasihat kepada individu hidap ‘Anxiety’ kena selalu duduk dekat dengan Ibu ini sebabnya