Insiden kepala air balak di Kedah berulang lagi, pemuda ini siap tunjuk fakta puncanya. Sesiapa pun boleh nampak punca kepala air di Kupang, Kedah petang tadi. Setakat ini 4 individu dipercayai hilang dibawa arus.
Gambar 1 adalah dari Outdoor Map applikasi Windy pada imej satelit terkini yang menunjukkan aktiviti membalak pada muka bumi berketinggian 1029 meter dari paras laut.
Gambar 2 menunjukkan lokasi Kampung Iboi, Kupang, Kedah pada imej satelit lama Google Earth
Gambar 3 menunjukkan lokasi Kampung Iboi, Kupang, Kedah pada imej satelit baharu Outdoor Map applikasi Windy.
Gambar 4 menunjukkan saliran sungai yang turun dari kawasan pembalakan tersebut?
Mungkin akan ada penafian dari pihak yang seharusnya dipertanggungjawabkan. Paparan di sini sekadar mengajak anda melihat yang alam tidak akan berkelakuan aneh dengan kejadian biasa tanpa ia kesakitan kerana dicederakan.
Kepala air boleh terjadi di mana-mana. Tapi magnitudnya sekadar dalam lingkungan aliran maksimum sungai. Tetapi kesan pembalakan kaedah gondol, baru atau lama, adalah punca kepala air dengan banjir lumpur. Apabila sisa pembalakan ini mengempang aliran, dan runtuh, arusnya meruntuhkan tebing dan tanah runtuh itulah mewujudkan banjir lumpur.
Nasihat saya, sambil mengecam pihak yang menyebabkan kejadian, penduduk terbabit harus mengambil peluang yang mungkin anda tidak tahu. Garis kemuncak Banjaran Bintang merupakan jalur emas 1 di Semenanjung.
Tu yang heran 1000 mdpl pi tanam musang keing? Mana ada negeri lain buat. Tadahan ai tu. Dah membuat kesusahan pada orang kapung terpaksa saya habaq pi.
Sumber: https://www.facebook.com/2121833981465252/posts/pfbid02KtMJdpb5sG2SkRdL5Kq53brYgAeSvhgmBkBTRfjKGtXrKK2DjpqfsH6Q11WJ1QjKl/?d=n
BACA:
Amaran !!! Nadma keluar amaran ribut petir di KL dan negeri lain, banjir besar mungkin berlaku
The Simpsons jangka banjir besar landa KL dalam masa terdekat, 120 terkorban
Dah habis berbillion untuk halang banjir, tapi KL masih banjir..