Ini yang wajib anda buat selepas terima kad TNG NFC yang baru. Kad TNG NFC edisi terhad kini dilihat menerima sambutan yang cukup meriah oleh pengguna. Buat pemilik baharu kad tersebut, sebenarnya terdapat perkara wajib anda perlu lakukan selepas menerima kad baharu tersebut.
Perkara wajib yang ramai mungkin tidak ketahui sebaik menerima kad TNG NFC baharu adalah mendaftar dan memautkan kad tersebut di laman rasmi Touch ‘n Go. Oleh itu, mari kita pelajari dengan lebih terperinci cara mendaftarkan kad TNG NFC yang baru diterima menerusi laman TNG.
Cara mendaftarkan kad TNG NFC menerusi laman TNG
1. Lawati laman rasmi Touch ‘n GO dengan klik di sini.
2. Tekan Register here untuk mendaftar.
3. Kemudian, isikan kesemua maklumat yang diminta pada ruangan yang disediakan. Pada ruangan serial number, kad TNG NFC baharu sedia memaparkan nombor siri tersebut pada bahagian belakangnya. Untuk kad lama, ia tertera pada resit tambah nilai yang dilabel sebagai Mfg No.
4. Pada halaman berikutnya, anda perlu mengisi semua butiran peribadi secara terperinci. Pastikan setiap maklumat milik anda telah diisi dengan tepat.
5. Selepas itu, anda perlu mencipta username dan kata laluan dan pilih soalan keselamatan. Untuk password, anda perlu sertakan sesuatu angka dan disarankan untuk turut memasukkan huruf besar agar lebih terjamin keselamatannya.
6. Sekiranya sudah berjaya dicipta, anda akan diminta untuk melog masuk menggunakan akaun yang didaftarkan sebentar tadi. Jadi, anda akan kembali halaman utama dan melog masuk menggunakan username dan kata laluan yang berjaya dicipta tadi.
Sebaik anda selesai melog masuk, kad tersebut akan tersenarai yang mana dikira anda sudah memautkan kad TNG dengan akaun itu. Antara kepentingan membuat pendaftaran ini adalah dapat memudahkan anda memohon refund sekiranya kad hilang, rosak atau dicaj lebih pada tol dan sebagainya.
Anda juga boleh menyemak dan mencetak kesemua transaksi yang pernah dibuat pada kad berkenaan. Paling utama sekali adalah kad TNG NFC ini bakal memaparkan anda sebagai pemilik mutlak sekaligus memudahkan sebarang urusan dan juga menjejak status kad pada masa kelak.
Sekiranya anda sudah mempunyai akaun berdaftar, hanya perlu log masuk untuk menambah kad baharu pada senarai untuk pautan pada akaun yang digunakan. Diharapkan dengan tutorial ini dapat memudahkan urusan berkaitan kad TNG NFC anda untuk kegunaan seharian.
BACA:
Nora Danish ‘belanja’ pakai baju nipis, sekali benda lain yang netizen perasan
Bicara Ebit Lew: Mahkamah panggil semula pakar motivasi
Ini 5 ‘dash cam’ yang murah dan berkualiti sesuai untuk kereta anda
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio