Ini yang jadi pada Filipina dan Indonesia bila mansuh subsidi minyak, bakal berlaku di Malaysia?

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Filipina juga pernah mengamalkan sistem subsidi ketika harga minyak dunia rendah.

Namun, ketika zaman krisis kewangan Asia, kerajaan mereka tidak mampu lagi menanggung hutang subsidi.

Mereka mengambil langkah deregulasi, membiarkan harga minyak ditetapkan oleh pasaran dunia, tetapi tetap mengawal harga minyak tanah, petrol, dan LPG untuk melindungi rakyat.

Selain itu, Filipina memperkenalkan program perlindungan sosial seperti Pantawid Pamilya Pilipino Program untuk membantu rakyat menghadapi kenaikan kos sara hidup.

Meskipun subsidi minyak dihapuskan, ini membawa beberapa kebaikan seperti peningkatan persaingan dalam pasaran minyak.

Ini yang jadi pada Filipina dan Indonesia bila mansuh subsidi minyak, bakal berlaku di Malaysia?

Namun, penarikan subsidi juga membawa cabaran. Ketika harga minyak dunia naik, rakyat Filipina turut terjejas.

Kerajaan mencuba mengawal masalah ini dengan memberikan subsidi kepada golongan nelayan, petani, dan pengusaha kenderaan awam.

Di Indonesia, penarikan subsidi minyak berlaku secara beransur-ansur selepas krisis kewangan Asia.

SBY memperkenalkan sistem bantuan tunai dan merangsangkan penggunaan LPG bagi mengurangkan kebergantungan pada minyak import.

Walaupun tidak sepenuhnya berjaya buang subsidi, ini membawa beberapa kebaikan seperti pengurangan perbelanjaan subsidi kerajaan.

Pertama, jika subsidi ditarik, alternatif yang mencukupi perlu disediakan kepada rakyat.

Kedua, walaupun penarikan subsidi tidak mudah, langkah-langkah seperti ini membantu mengurangkan perbelanjaan subsidi kerajaan. Ini menunjukkan bahawa terdapat pelbagai cara untuk menangani isu subsidi.

BAca: “Aku rela tinggal di hostel dari balik rumah, bila dah kerja, orang sibuk nak cuti raya, aku offer nak kerja sebab tak nak tengok muka dia”