Ini tarikh kerajaan agih PerantiSiswa untuk fasa 1 dan 2, semak sekarang

Oleh MHDAILY

Ini tarikh kerajaan agih PerantiSiswa untuk fasa 1 dan 2, semak sekarang. Setelah sekian lama dinantikan oleh para pelajar IPTA dan IPTS, kini mereka boleh menarik nafas lega kerana tarikh pengedaran PerantiSiswa sudah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Bagi fasa 1, dijangka 60,000 pelajar akan menerima manfaat melalui program PerantiSiswa melalui 100,000 permohonan yang telah diterima sejak fasa 1 bermula 15 April hingga 15 Mei lepas.

Untuk makluman, pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti tablet kepada setiap pelajar B40 di IPT.

Setiap pemohon yang diluluskan, akan mendapat Tablet Samsung model terkini, lengkap dengan casing, keyboard dan stylus pen.

Tarikh Terima Tablet PerantiSiswa

Ini tarikh kerajaan agih PerantiSiswa untuk fasa 1 dan 2, semak sekarang

Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataannya di Facebook memaklumkan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia akan diedarkan kepada penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terpilih, bermula 3 September 2022.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan melancarkan Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia sebagaimana maklumat berikut;

Tarikh: 3 September 2022 (Sabtu)
Masa: 2:30 Petang
Tempat: Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam

Semakan Perantisiswa

Sukacitanya, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memaklumkan bahawa tarikh keputusan permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia boleh disemak mulai 29 Ogos 2022 melalui https://perantisiswa.kkmm.gov.my.

Proses kelulusan adalah secara berperingkat dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sekiranya diluluskan, pemohon akan menerima status “LULUS” bagi permohonan tersebut sebagaimana di bawah;

Jenis Peranti Yang Akan Dapat

Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan jenama atau model Samsung Galaxy Tab A8 LTE

Maklumat penuh spesifikasi tablet, adalah sebagaimana berikut;

Ini tarikh kerajaan agih PerantiSiswa untuk fasa 1 dan 2, semak sekarang

Berikut pula adalah gambar-gambar mengenai Tablet Samsung Galaxy Tab A8 LTE yang akan diperolehi.

Ini tarikh kerajaan agih PerantiSiswa untuk fasa 1 dan 2, semak sekarang

Permohonan PerantiSiswa

Untuk makluman, permohonan PerantiSiswa dibuka kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.

Untuk fasa 2, Kerajaan memperluas Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia kepada empat lagi kategori penerima.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, perluasan baru itu membabitkan pelajar yang sedang mengikuti program asasi di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta pelajar matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Selain itu, katanya ia turut diperluaskan kepada pelajar semester satu dan dua sekolah menengah atau pelajar Tingkatan Enam serta pelajar diploma vokasional Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Kolej Vokasional.

Permohonan fasa 2 dibuka sehingga 30 September 2022.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut;

https://perantisiswa.kkmm.gov.my

BACA:

Komen Noor Nabila di instagram Sharnaaz buat netizen terpaku

Kenduri jemput sampai satu negeri datang!

Pakai kain pelikat ketat boleh buat batal solat