Ini senarai nama 30 mangsa Batang Kali yang maut. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini mengeluarkan senarai 30 nama mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands.
Proses bedah siasat ke atas semua mangsa sudah selesai dijalankan dan diserahkan kepada semua waris masing-masing oleh Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.
Seramai 12 kanak-kanak, termasuk enam perempuan berusia satu hingga 12 tahun antara mangsa yang terkorban akibat kejadian tanah runtuh sekitar jam 2.30 pagi pada 16 Disember lalu itu.
Kanak-kanak lelaki yang terkorban adalah Daniel Kor Yen, 5; Jonas Lai Ze Kai, 2; Tong Kai En, 9; Wong Zi Hang,1; Tai Jing Kai, 7, dan Zech Loh Qi Yi, 7.
Enam lagi kanak-kanak perempuan adalah Eng Huai Yi, 12; Ka Sin Ya Vanya, 6; Giselle Lai Yu Xi, 6; Wong Hao Yee, 6; Tai Jing Rou, 4, dan Ng Yee Tong, 11.
Enam lelaki dewasa yang dikenal pasti adalah Eng Choon Wen, 43; Ka Kok Boon, 43; Lai Chee Sam, 33; Wong Kim Yap, 34; Tai Chang Lin, 35, dan Ng Chay Diok, 67.
Baki 12 lagi mangsa wanita dewasa adalah Fong Choy Kee, 43; Chin Su King, 36; Lai See Tin, 33; Lai Lee Koon, 44; Gain Choo Yin, 35; Yu Siew Pay, 34; Lim Wei Xin, 36; Hong Mei Jing, 38; Nursling Azwani Kamaruzaman, 31; Lai Lee Yin, 37; Lam Sook Man, 37 dan Liu Pei Si, 44.
Proses mengenal pasti mayat mangsa dijalankan dengan menggunakan kombinasi empat kaedah iaitu pengecaman DNA, cap jari, gigi dan pengecaman pihak waris pada barangan peribadi serta tanda unik pada badan mangsa.
NADMA berkata, sebarang maklumat terkini mengenai perkembangan mangsa-mangsa bencana akan dimaklumkan dari semasa ke semasa selepas mendapat pengesahan rasmi daripada agensi yang bertanggungjawab.