Ini senarai harga roadtax kereta mengikut kapisiti enjin kereta anda

Oleh SURIANI HAMDAN

Harga roadtax kereta atau harga cukai jalan kereta di Malaysia biasanya berbeza-beza bergantung pada faktor-faktor tertentu.

Harga road tax kereta ditentukan mengikut kapasiti enjin (roadtax mengikut CC), lokasi geografi, jenis model dan pemilikan kenderaan.

5 Faktor Pengaruhi Kadar Cukai Jalan Kereta di Malaysia

Ini senarai harga roadtax kereta mengikut kapisiti enjin kereta anda

1. Kapasiti Enjin
2. Lokasi
3. Kegunaan Kenderaan
4. Jenis Kenderaan
5. Usia Kenderaan
Kadar Roadtax Kereta Persendirian di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
Kadar Bayaran Roadtax Kereta Mengikut CC untuk 10 Jenama Kereta Paling Popular di Malaysia 2023
1. Harga Roadtax Kereta Proton
2. Harga Roadtax Kereta Perodua
3. Harga Roadtax Kereta Honda
4. Harga Roadtax Kereta Toyota
5. Harga Roadtax Kereta Nissan
6. Harga Roadtax Kereta Mitsubishi
7. Harga Roadtax Kereta Kia
8. Harga Roadtax Kereta Mazda
9. Harga Roadtax Kereta Hyundai
10. Harga Roadtax Kereta Volkswagen
Renew Insurans Kereta, Road Tax Kereta Online di Qoala untuk Ketenangan Fikiran
5 Faktor Pengaruhi Kadar Cukai Jalan Kereta di Malaysia
Harga cukai jalan kereta di Malaysia dikira secara tahunan dengan mengambil kira faktor-faktor seperti berikut:

1. Kapasiti Enjin

Bayaran harga roadtax dan insurans kereta lebih tinggi akan dikenakan untuk enjin bersaiz lebih besar. Ini kerana, Malaysia masih lagi mengamalkan sistem cukai lama – penggunaan enjin kereta yang bersaiz besar dikatakan akan menyebabkan peningkatan kadar pencemaran udara.

Oleh sebab itu, kereta dengan kapasiti enjin yang lebih besar akan dikenakan harga roadtax kereta yang lebih tinggi.

2. Lokasi

Pemilik kereta di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) biasanya ditawarkan harga roadtax kereta atau harga cukai jalan yang lebih murah berbanding Semenanjung Malaysia.

Ini berdasarkan faktor infrastruktur jalan raya yang kurang baik di Sabah dan Sarawak jika dibandingkan dengan insfrastruktur jalan di Semenanjung Malaysia.

Selain itu, pemilik kenderaan di Labuan, Langkawi dan Pangkor pula dikenakan harga road tax yang tetap sebanyak RM20 bagi kenderaan berkapasiti enjin 1000cc dan ke bawah.

Bagi kenderaan melebihi kapasiti enjin 1000cc, harga road tax akan dikenakan sebanyak 50 peratus daripada kadar roadtax kereta di Semenanjung Malaysia.

Harga roadtax kereta di Malaysia dipengaruhi oleh lokasi, jenis pemilikan, kapasiti enjin kenderaan.

3. Kegunaan Kenderaan

Selain itu, kegunaan kenderaan juga mempengaruhi kos renew roadtax kereta. Biasanya, kadar cukai jalan kenderaan persendirian lebih murah berbanding kadar cukai jalan kenderaan syarikat.

4. Jenis Kenderaan

Jenis kenderaan seperti sama ada kereta, lori atau motosikal juga boleh beri kesan pada kadar cukai jalan kereta. Setiap jenis kenderaan mempunyai kadar cukai yang berbeza.

Kereta salun seperti sedan, hatchback dan sebagainya biasanya lebih murah berbanding kereta jenis MPV, SUV, pick-up dan lain-lain.

5. Usia Kenderaan

Usia kenderaan juga mempengaruhi harga roadtax kenderaan. Semakin lama usia kereta anda, semakin rendah harga roadtax kereta anda.

Kadar Roadtax Kereta Persendirian di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

Bagi memudahkan anda untuk buat kiraan roadtax mengikut CC bagi membantu anda merancang perbelanjaan anda, anda boleh rujuk jadual di bawah. B

erikut senarai harga road tax kereta 2023 mengikut CC kereta di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk rujukan anda:

Semenanjung Malaysia Sabah dan Sarawak

Kapasiti Enjin Kereta (CC) Kadar Asas Kadar Progresif Harga Roadtax Kereta Kadar Asas Kadar Progresif Harga Roadtax Kereta

  • 1,000 dan ke bawah RM20 – RM20 RM20 – RM20
  • 1,001 – 1,200 RM55 – RM55 RM44 – RM44
  • 1,201 – 1,400 RM70 – RM70 RM56 – RM56
  • 1,401 – 1,600 RM90 – RM90 RM72 – RM72
  • 1,601 – 1,800 RM200 RM0.40 RM200 – RM280 RM160 RM0.32 RM160 – RM224
  • 1,801 – 2,000 RM280 RM0.50 RM280 – RM380 RM224 RM0.25 RM224 – RM274
  • 2,001 – 2,500 RM380 RM1.00 RM381 – RM880 RM274 RM0.50 RM274 – RM524
  • 2,501 – 3,000 RM880 RM2.50 RM882 – RM2,130 RM524 RM1.00 RM524 – RM1,024
  • 3,001 dan ke atas RM2,130 RM4.00 RM2,134 + RM1,024 RM1.35 RM1,025 +

Jadual 1: Harga renew roadtax kereta (Harga roadtax ikut CC) untuk kenderaan persendirian (kereta petrol individu) di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

roadtax kereta atau cukai jalan kenderaan di Malaysia

 

Semenanjung Malaysia Sabah dan Sarawak

Kapasiti Enjin Kereta (CC) Kadar Asas Kadar Progresif Harga Roadtax Kereta Kadar Asas Kadar Progresif Harga Roadtax Kereta
1,000 dan ke bawah

Jadual 2: Kadar cukai jalan kenderaan diesel/SUV/MPV Persendirian dan Syarikat (Harga roadtax ikut CC) di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Kadar cukai jalan: senarai harga roadtax kereta di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

Kadar Bayaran Roadtax Kereta Mengikut CC untuk 10 Jenama Kereta Paling Popular di Malaysia 2023

Bagi membolehkan anda ketahui roadtax kereta harga mengikut model kereta, kami telah menyediakan senarai harga road tax seperti berikut. Anda boleh ketahui anggaran bayaran roadtax ikut CC serta kawasan sama ada Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak.

Perlu diingatkan senarai roadtax kereta atau cukai jalan kereta ini hanyalah anggaran semata-mata, dan kiraan cukai jalan sebenar mungkin berubah bergantung pada situasi.

Pembaharuan cukai jalan kereta boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua bulan sebelum tarikh tamat tempoh. Kegagalan anda perbaharui cukai jalan boleh menyebabkan anda berdepan risiko dikenakan saman polis.

Pemilik kenderaan yang gagal menghidupkan cukai jalan boleh didakwa mengikut Seksyen 15(1) dan Seksyen 90(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987. Tetapi, sebelum renew roadtax kereta pastikan anda renew insurans kereta anda terlebih dahulu!

Jika anda masih belum perbaharui insurans kereta, anda boleh renew insurans kereta online di Qoala. Anda boleh layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform pembaharuan dan perbandingan insurans terbaik di Malaysia. Ia menawarkan proses beli insurans online dengan jaminan proses yang selamat, mudah dan berpatutan.

BACA: Patutlah ramai nak kerja dengan ‘gomen’ sebab ada pencen, ini sejarah sistem pencen yang ramai tak tahu