Barang milik selebriti Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, termasuk sebuah kereta utiliti sukan (SUV) jenis Haval,
Yang dilaporkan akan dilelong selepas gagal melunaskan pinjaman dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Menurut laporan HibGlam, pihak MARA mengesahkan acara lelongan yang sepatutnya berlangsung pada Selasa, 24 Disember 2024, telah ditangguhkan ke tarikh baharu atas arahan mahkamah.
Penangguhan Lelongan
Pihak Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membenarkan permohonan Che Ta untuk menangguhkan proses lelongan tersebut.
“Assalamualaikum, mahkamah telah menangguhkan tarikh lelongan awam yang dijadualkan esok. Tarikh baharu akan ditetapkan bergantung pada arahan mahkamah,” jelas wakil peguam MARA.
34 Barang Akan Dilelong
Selain SUV tersebut, sebanyak 34 barangan lain milik Che Ta termasuk perabot dan peralatan elektronik seperti peti sejuk, pendingin hawa, ketuhar, ketuhar gelombang mikro, mesin basuh, mesin pengering, pembersih vakum, dan televisyen akan dilelong kepada orang ramai.
Latar Belakang Kes
Terdahulu, kediaman Che Ta telah diserbu oleh pegawai MARA, peguam, dan pihak mahkamah selepas beliau gagal melunaskan pinjaman hampir RM1 juta.
Difahamkan, Che Ta telah membuat pinjaman berjumlah RM960,000 pada tahun 2017 menerusi syarikat miliknya, RCW Worldwide Sdn Bhd. Pinjaman tersebut disahkan tidak pernah dibayar sejak ia dibuat.
Rozita dan anak sulungnya, Ammar Effendy, 28, bertindak sebagai penjamin bagi pinjaman tersebut. Proses penfailan kebankrapan terhadap kedua-dua individu itu kini sedang dijalankan.
BACA: Dah macam-macam skincare guna, jerawat tetap muncul di dagu, ini sebabnya
2 thoughts on “Ini senarai 34 barang Che Ta yang akan dilelong”