Umno hari ini mengumumkan penarikan semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman
sebagai ahli parti, berkuat kuasa serta-merta, kata Setiausaha Agungnya, Asyraf Wajdi Dusuki.
“Majlis Kerja Tertinggi Umno telah membuat keputusan sebulat suara untuk menarik semula penggantungan keahlian
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Ahli Umno, berkuat kuasa serta-merta, mengikut Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan parti,” katanya dalam kenyataan media malam ini.
Pada 23 Ogos lalu, bekas ahli Parlimen Pasir Salak itu dilihat hadir di Perhimpunan Agung Umno (PAU 2024) walaupun keahliannya masih digantung
. Tajuddin menyatakan bahawa kehadirannya itu adalah bukti bahawa beliau masih menyayangi Umno.
Dalam gambar yang tular, Tajuddin dilihat berbual mesra dengan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, sebelum mereka berpelukan.
Keesokan harinya, Ahmad Zahid menyatakan bahawa beliau akan mempertimbangkan rayuan Tajuddin berhubung penggantungan keahliannya yang telah berlangsung selama enam tahun.
Hubungan antara Ahmad Zahid dan Tajuddin sebelum ini dilihat agak tegang selepas kedua-duanya berbeza pendapat sejak 2021, khususnya apabila Tajuddin menolak untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin, yang ketika itu menjadi Perdana Menteri
BACA: Pergolakan dalaman PN Perlis jadi punca 2 adun Bersatu dipecat Menteri Besar