Ini sebab kenapa Polis buat roadblock ketika himpunan Najib

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan tiba di Istana Kehakiman pagi ini bagi menghadiri sesi pendengaran rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum.

Video yang dikongsikan menunjukkan kenderaan yang membawa Najib tiba di lokasi tersebut sekitar jam 8.30 pagi.

etibaan beliau disambut oleh sorakan dan laungan dari penyokong-penyokong setia yang hadir di kawasan berkenaan.

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan amaran kepada orang ramai untuk tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Aidi Sham Mohamed, menjelaskan bahawa perhimpunan itu tidak mendapat kelulusan pemilik tanah dan tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012

Ini sebab kenapa Polis buat roadblock ketika himpunan Najib

. Beliau turut menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang cuba melanggar undang-undang tersebut.

Bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam, PDRM juga telah menyediakan sekatan jalan raya di beberapa laluan utama menuju ke Putrajaya dan melaksanakan pemeriksaan ketat.

Pihak berkuasa mengingatkan orang ramai agar tidak terlibat dalam perhimpunan tersebut, apatah lagi membawa senjata, sepanduk, atau bahan yang mengandungi unsur-unsur hasutan.

Sementara itu, pemeriksaan di sekitar Istana Kehakiman mendapati pagar telah dipasang di kawasan tersebut bagi mengelakkan sebarang perhimpunan dari berlaku.

Media melaporkan bahawa PDRM juga telah menolak permohonan untuk mengadakan perhimpunan solidariti bagi Datuk Seri Najib Razak.

Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Najib pada Isnin ini berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini menolak permohonan semakan kehakiman dan keterangan tambahan mengenai Titah Adendum yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai status tahanan rumah beliau.

BACA: Siapa sangka, pasangan warga asing raih pendapatan 5 angka dengan hanya jual mee

Leave a Comment