Ini sebab kenapa pemimpin utama Perikatan Nasional takut bersemuka PM di Parlimen yang ramai tak tahu.
Kenapa Pemimpin Pembangkang begitu bacul untuk bersemuka dengan Perdana Menteri di Parlimen setelah 5 kali sesi soal jawab?
Sepatutnya ini peluang keemasan untuk tanya apa sahaja soalan di forum tertinggi dan terpenting dalam negara kita.
Adakah mereka hanya jaguh kampung berkokok di facebook dan TikTok memainkan sentimen tetapi tidak berani berbahas isu negara yang sebenar secara berdepan?
Ini perdana menteri pertama dalam sejarah berani ditanya apa sahaja soalan setiap minggu di Parlimen.
Ahli Parlimen dibayar gaji mereka oleh rakyat untuk jalankan tugas hakiki berbahas di parlimen berkenaan budget, pengubalan undang-undang, dan perkara-perkara penting negara sebagai check and balance.
Jika dari awal mereka tidak mampu hadir ke parlimen sepatutnya mereka tidak perlu bertanding dalam pilihanraya untuk mengelak dari makan gaji buta setelah dipilih oleh rakyat.
Anwar Ibrahim ketika menjadi Ketua Pembangkang menunjukkan komitmen yang sangat tinggi berbahas di Parlimen bahkan mengetuai pembangkang membangkitkan pelbagai isu negara dan rakyat.
Persoalannya, kemana hilang ketua pembangkang YB Hamzah zainuddin sepanjang sesi parlimen ini? Tiada langsung impak perbahasan seperti mana Anwar dahulu?
Jika sebagai pembangkang pun mereka tidak mampu lakukan secara efektif, maka tidak hairanlah negara kucar kacir selama mereka menjadi kerajaan tebok atap.
Ahmad Mursi
@mindwave_ kenapa pemimpin pembangkang bacul untuk berdebat secara bersemuka dengan Perdana Menteri di Parlimen? #anwaribrahim #parlimenmalaysia #parlimen #pakatamharapan #perikatannasional #PNBest ♬ original sound – mindwave
BACA:
Gerai ini jual murtabak RM20 sebiji, sekali ini reaksi ‘orang yahudi’ rupanya ada yang lagi mahal dari dia
Kerap tidak dilayan tuan pula asyik main telefon, sekali kucing ini merajuk undang reaksi netizen