Seorang perunding kewangan mencuri perhatian selepas mendedahkan rahsia tersembunyi di sebalik resit pengeluaran wang automatik (ATM) Maybank, yang sering diabaikan oleh pemilik akaun.
Ramai mungkin tidak menyedari bahawa bahagian belakang resit ATM Maybank mengandungi maklumat penting yang boleh memberi manfaat kepada pemilik akaun.
Tular di media sosial, pendedahan ini menunjukkan bagaimana maklumat pada resit tersebut boleh digunakan untuk peluang pelaburan yang menguntungkan.
Peluang Pelaburan IPO di Sebalik Resit ATM
Di bahagian belakang resit ATM Maybank, terdapat borang permohonan bagi pembelian saham Initial Public Offering (IPO).
IPO adalah saham terbitan awam yang ditawarkan kepada orang ramai sebagai langkah awal sebelum sesebuah syarikat disenaraikan di Bursa Malaysia.
Pelaburan melalui IPO menjadi salah satu cabang pendapatan yang menarik, meskipun tidak menjanjikan keuntungan tetap.
Namun, risiko pelaburan ini lebih rendah berbanding sektor lain, menjadikannya pilihan yang menarik bagi mereka yang ingin memulakan pelaburan.
Pendedahan di TikTok Raih Perhatian
Perunding kewangan tersebut berkongsi penemuan ini melalui video di akaun TikTok miliknya, menjelaskan bagaimana resit ATM yang sering dibuang begitu sahaja sebenarnya mempunyai nilai besar.
Video itu kini menjadi tular, meraih tontonan lebih 1.8 juta kali dan 54,800 tanda suka di TikTok, sekaligus membuka mata ramai tentang peluang pelaburan yang mudah terlepas pandang.
Bagi mereka yang ingin memulakan pelaburan, resit ATM ini boleh menjadi langkah pertama untuk mencuba pelaburan IPO dan membuka peluang keuntungan di masa depan.
1 thought on “Ini sebab kenapa jangan buang resit ATM, ada peluang buat duit dibelakang resit!”