Ini satu-satunya budak intern yang kantoi guna sijil palsu dalam pejabat kementerian, ini punca segalanya terbongkar

Oleh SURIANI HAMDAN

Seorang Felo Perdana yang ditugaskan di MITI telah diberhentikan daripada memeruskan program tersebut kerana melampirkan sijil palsu

Tujuan untuk pencapaian yang disenaraikan dalam permohonannya, kata KBS.

Dia dipercayai adalah individu yang pernah tular pada 2020 selepas mendakwa menerima biasiswa NASA.

Ini satu-satunya budak intern yang kantoi guna sijil palsu dalam pejabat kementerian, ini punca segalanya terbongkar

Bagaimanapun, tiada tindakan undang-undang yang bakal dikenakan ke atas individu tersebut melainkan beliau akan menghadiri sesi kaunseling. Pihak kementerian juga akan melakukan siasatan bagi memantapkan pelaksanaan program itu pada masa akan datang.

Program Felo Perdana, yang diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada 2013, membolehkan golongan belia menerima bimbingan secara langsung di bawah bimbingan menteri Kabinet. Seramai 56 individu telah dipilih untuk program selama 3 bulan pada tahun ini.

Untuk rekod, individu terbabit difahamkan adalah Azhar Ali yang pernah tular pada 2020 dan berjaya menipu satu Malaysia termasuk Perdana Menteri dan Menteri ketika.

Beliau ‘kantoi’ buat kali kedua selepas salah seorang pengguna X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) telah bertanya apa yang sudah terjadi kepada Azhar Ali selepas kejadian biasiswa NASA awal tahun 2020.

Ciapan itu kemudiannya dibalas oleh salah seorang pengguna dengan menyatakan bahawa Azhar kini sudah menjadi salah seorang ahli Perdana Fellow di MITI.

Melalui ciapan tersebut, berlakunya beberapa siri siasatan yang dilakukan oleh netizen selepas sebuah poster dengan gambar Azhar Ali disebar secara meluas.

Gambar itu turut memaparkan beberapa kelayakan yang diterima oleh Azhar.

BACA: Mak mentua mulut puaka , isteri baru faham kenapa suami buang keluarga sendiri