Ini rupanya punca emas tak jadi naik lebih tinggi. Harga emas menyusut lebih rendah selepas dibataskan oleh peningkatan hasil bon AS yang mengurangkan daya tarikan terhadap logam kuning itu walaupun US dolar turut melemah.
Pada sesi Asia, emas didagangkan suram pada sekitar harga $1,823 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit susut pada $1,824 per auns.
Terdahulu, logam berharga itu telah meningkat pada pembukaan dagangan awal minggu selepas didorong oleh berita mengenai sekatan ke atas emas Rusia oleh empat negara G7, termasuk Amerika Syarikat, Britain, Jepun dan Kanada.
Bagaimanapun, keuntungan yang dicatatkan mula memudar ketika pasaran melangkah masuk ke sesi Eropah dan New York, menyebabkan emas kini didagangkan suram di bawah harga $1,830 per auns.
Penurunan ini mungkin disebabkan oleh penganalisis yang berpendapat bahawa sekatan tersebut hanya memberi sedikit kesan kepada dagangan emas, memandangkan UK sudah lama mengharamkan import emas dari Rusia iaitu sejak pencerobohan ke atas Ukraine bermula.
Sementara itu, hasil perbendaharaan 10 tahun meningkat susulan penjualan bon 2 dan 5 tahun oleh Perbendaharaan AS.
Walaupun begitu, peningkatan ini gagal merangsang kenaikan US dolar yang kekal didagangkan lemah berbanding kebanyakan mata wang utama.
BACA:
Emas RM74 billion ditemui dalam kapal karam
Wanita wajib tahu, beza susut nilai barang kemas emas 916 dan 999