Ini rupanya kisah arwah Tan Sri Mustapha Kamal yang ramai tak tahu. Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar, Taikun hartanah dan tok0h korporat ternama meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.45 pagi tadi kerana sakit tua.
Allahyrham berusia 73 tahun.Ank Allahyrham, Felina berkata jnazah bapanya kini berada di kediaman mereka di Petaling Jaya bagi urusan pengebvmian dan akan dikebvmikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas zohor, hari ini.
Allahyrham Tan Sri Mustapha Kamal
Dilahirkan di Kampung Changkat, Pusing, Perak, Allahyaham Mustapha Kamal pernah mendapat jolokan sebagai ‘Raja Perumahan Mampu Milik’ kerana bertanggungjawab membangunkan lebih 12,000 rumah kos rendah di Selangor dan Perak.
Beliau dikenali sebagai salah seorang jutawan Melayu dan merupakan pengasas Kumpulan Syarikat EMKAY yang menawarkan rumah mampu milik.
Antara kisah kejayaan bermula Nama MK Land sudah tidak asing di kalangan kita namun adakah kita mengenali individu di belakang Syarikat Hartanah yang sangat berpengaruh di Malaysia ini.
Mungkin ada satu dua perkara yang boleh kita pelajari dari kisah jutawan hartanah ini. Jom kita soroti kisah ini. Tan Sri Mustapha adalah seorang bekas penuntut Universiti Malaya dalam jurusan Sejarah. Selepas menamatkan pengajian dari Universiti Malaya pada tahun 1970, beliau telah memulakan kerjaya dalam perkhidmatan Kerajaan di Pejabat Daerah dan Tanah Selangor sebagai Penolong Pegawai Daerah sehingga dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tanah & Galian Selangor.
Kemudian beliau beralih ke sektor swasta di mana beliau telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Shah Alam Properties Sdn. Bhd.
Pada peringkat kerjaya inilah beliau mula memperkukuhkan pelbagai kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kecekapan yang diperlukan dalam pembangunan hartanah sehingga beliau mempunyai keyakinan sepenuhnya untuk memulakan usaha perniagaan sendiri.
Ini telah mendorong beliau menubuhkan Kumpulan Syarikat EMKAY pada tahun 1983.
Allahyrham banyak memberi sumbangan kepada industri hartanah tempatan dan antarabangsa.
Antara lain, beliau adalah Pengarah South-South Corporation Berhad(MASSCORP) ahli jawatankuasa Eksekutif Persatuan Selatan-Selatan Malaysia (MASSA) dan Penyelaras Negara bagi Afrika.Beliau juga menganggotai Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kepimpinan Perdana.
Latar belakang perniagaan Allahyrham merupakan Pengerusi Eksekutif MK Land Holdings Berhad, iaitu syarikat pembangunan hartanah yang ditubuhkan pada 2 Ogos 1978 dan disenaraikan di BSKL pada 8 Jun 1992.
Asalnya, MK Land Holdings Berhad dikenali sebagai Perfect Food Industries Sdn. Bhd. yang melibatkan diri dalam pembuatan dan penjualan biskut dan bahan makanan melalui kilang mereka di Melaka.
Selepas penyenaraiannya di BSKL, ia dikenali sebagai Perfect Food Industries Berhad dan akhir sekali, namanya ditukar kepada MK Land Holdings Berhad pada 27 Ogos 1999.
Namun, pada bulan Jun 2003, MK Land Holdings Berhad menjual semua sahamnya dalam Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd, Markins Corporations Sdn Bhd dan Fairway Review Sdn Bhd dengan harga RM6,739,674.
Ini adalah kerana Tan Sri Mustapha bercadang mahu menumpukan perniagaan syarikatnya pada pembangunan hartanah dan pelaburan.
Beliau berjaya membawa status MK Land selaku syarikat pengurusan Hartanah yg berjaya membangunkan kawasan-kawasan yg dahulunya agak terpencil dan tidak mendapat perhatian kepada kawasan elit yg lengkap dengan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi seperti kawasan Damansara Perdana dan Cyberjaya.
MK Land juga terlibat dalam industri perhotelan dan tempat peranginan seperti Bukit Merah Laketown resort dan Langkawi Lagoon.
Beliau berani memulakan sesuatu yg baru dengan mengetengahkan cara hidup “e-lifestyle township” yg moden dan berteknologi tinggi di kawasan perumahan dibawah syarikat MK Land.
Bekas graduan Universiti Malaya ini berjaya meletakkan namanya didalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia membuktikan kejayaan beliau dalam bidang hartanah.
Projek-projek besar MK Land Holdings Berhad
Di bawah kepimpinan Tan Sri Mustapha, MK Land Holdings Berhad melibatkan diri dalam banyak projek. projek perumahan Damansara Perdana dan Damansara Damai, kedua-duanya di Petaling Jaya.
Projek itu, dengan lokasinya yang strategik, iaitu dalam Segi tiga Emas Petaling Jaya.
Kawasan itu kini muncul sebagai pusat membeli belah, fesyen, makanan dan hiburan dengan pusat membeli belah seperti One Utama, IKEA, Tesco, The Curve dan Cathay Cineleisure.
Selain itu, Taman Bunga Raya di kawasan Bukit Beruntung iaitu bernilai RM840 juta, projek perumahan Cyberia di Cyberjaya, projek Bukit Merah Laketown Resort di Taiping, Perak iaitu bernilai RM3 bilion dan Langkawi Lagoon.
Setakat tahun 2018, MK Land Holdings Berhad telah membina lebih daripada 60,000 unit kediaman, komersial, ruang pejabat dengan keluasan 10 juta kaki persegi dengan nilai pembangunan RM20 bilion.
Mereka juga berjaya menjual lebih daripada 35,000 unit kediaman dengan harga bawah RM100,000 termasuk di Damansara Damai dan Bandar Baru Sungai Buloh.
Anugerah
Tan Sri telah diberikan beberapa anugerah sebagai penghargaan terhadap sumbangan besar yang beliau curahkan sepanjang tempoh kerjaya beliau yang cemerlang. Antaranya, Anugerah Usahawan Cemerlang Selangor pada tahun 1995 oleh Dewan Perniagaan Melayu Selangor; FIABCI Property Man of The Year Award 1997 serta Anugerah Personaliti Cemerlang Industri Pembangunan Tahun 2001 daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia.
Beliau juga telah menerima Anugerah Fellowship DPMMKL 2002 daripada D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Agong dan Anugerah Khas Tokoh Maal Hijrah 2003 daripada Raja Muda Perak.
Tan Sri juga telah dicalonkan untuk menerima Ernst & Young Entrepreneur Award 2002 dalam Kategori ‘Master Enterpreneur’. Tan Sri adalah bapa mertua kepada En Vernon Azhar Edmett bin Bryan Allen Edmett, seorang pengarah dalam Syarikat.
Pada 15 Mac 2004, Tan Sri telah dianugerahkan dengan pengiktirafan “Professor Adjung” oleh Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.
BACA:
Wanita sempat lahirkan anak ketika nazak dilanggar lori, netizen gelar ‘bayi ajaib’
Ambil iktibar, set ‘Live Location’ di Whatsapp jika pandu seorang diri