Ini respon padu Syamsul Yusof selepas ada yang kurang senang filem Mat Kilau

Oleh MHDAILY

Ini respon padu Syamsul Yusof selepas ada yang kurang senang filem Mat Kilau. Selepas tayangan perdana filem Mat Kilau diadakan di The Starling Mall, malam tadi, pelakon dan pengarah Syamsul Yusof tampil memberikan penjelasan kepada pihak yang mungkin tidak menyukai dengan filemnya.

90 Peratus Jalan Cerita & Dialog Diolah Kembali

Menurut Syamsul, sebanyak 90 peratus jalan cerita dan dialog filem Mat Kilau telah diolah dan ditulis kembali olehnya dan Rizal Ashraf, malah rombakan besar dilakukan untuk mengikut kehendaknya sebagai pengarah dan penulis.

“Dari skrip asalnya, 90% jalan cerita & dialog filem Mat Kliau telah diolah kembali oleh saya dan Rizal Ashraf. Rombakan besar skrip dibuat untuk benar-benar mengikut kehendak saya sebagai pengarah & penulis.

Kepada yang ‘merasai’ & ‘nampak’ metafor perjuangan Melayu yang cuba disampaikan, anda adalah target audience saya.”-Jelas Syamsul

Ini respon padu Syamsul Yusof selepas ada yang kurang senang filem Mat Kilau

“Kepada Yang ‘Tidak Suka’ Dengan Filem Ini Nanti…”
Tambahnya lagi, Syamsul turut meminta orang ramai yang mungkin tidak suka dengan filem itu untuk tidak menyalahkan penulis asal, kerana perubahan yang dilakukan demi menghasikan sebuah format filem sejarah bangsa yang baik.

“Kepada yang mungkin ‘tidak suka’ dengan filem ini nanti jangan pula disalahkan pada penulis asal. Kerana keseluruhan skrip/ sinopsis/ plot/ dialog telah diubah 90% daripada naskah asal demi menghasilkan sebuah format filem sejarah bangsa yang baik.”-Kata Syamsul

Sengaja Persembahkan Beberapa Dialog & Babak Yang Bakal Cetus Rasa Kurang Senang
Pengarah filem Mat Kilau juga menyatakan bahawa dia mengetahui bakal terdapat segelintir yang rasa kurang senang dengan beberapa dialog dan babak yang terdapat dalam filem itu kerana ia adalah hakikat sebenar.

“Saya tahu akan ada segelintir penonton Melayu yang bakal kurang senang dengan beberapa dialog & babak dalam filem ini nanti. Memang sengaja saya persembahkan sedemikian kerana itulah hakikat sebenar & semangat ‘Perpaduan Melayu’ yang kian pudar hari ini.”-Jelas Syamsul

Syamsul turut menitipkan harapan agar filem Mat Kilau dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM8 juta ini telah menjalani penggambaran selama 100 hari dengan sebahagiannya dijalankan di Perak dan beberapa lokasi lain termasuk Pahang, Melaka dan Selangor.

BACA:

Kerajaan tak sambung pengecualian SST, ramai batal tempahan kereta

Filem 35mm tak masuk dalam pawagam, ini jawapan Syahmi Sazli

Mulai 1 Julai 2022, rakyat dikenakan caj RM0.50 guna kad debit