Ini punca ramai rakyat Malaysia kena tipu dengan ‘scammer’ yang ramai tak tahu. Data pengguna Malaysia antara yang paling banyak dicerobohi di dunia apabila berada di kedudukan ke-11 negara paling ramai data penggunanya telah dicerobohi pada suku kedua 2022.
Pakar Undang-undang Siber daripada Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Abu Bakar Munir berkata, kedudukan negara itu berdasarkan mengikut kajian terbaharu oleh syarikat keselamatan siber Surfshark.
“Menurut laporan-laporan di Singapura, kebanyakan punca berlakunya kebocoran data adalah sistem organisasi yang kurang memuaskan.
Bagi saya, kita mempunyai teknikal yang kurang bagus, dan sistem organisasi yang tidak diperhatikan,”
Menurut beliau, platform lain seperti Lazada dan Google masing-masing hanya merekodkan satu kes sementara Shopee dua kes.
“Jumlah kerugian bagi setiap platform ini tidak melebihi RM7,000. Bagaimanapun, berbeza dengan WhatsApp apabila mencatatkan kerugian berjumlah RM80,550 untuk empat kes sahaja.
E. SUNDRA RAJAN
“Berdasarkan laporan yang diterima, pembeli berumur 31 hingga 40 tahun paling ramai menjadi mangsa dengan 31 kes sementara kakitangan swasta paling ramai ditipu membabitkan 59 kes diikuti kerajaan (11 kes), ahli perniagaan (tujuh kes) dan bekerja sendiri (tujuh kes),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambah Sundra Rajan, jenayah penipuan atau scam bukan perkara baharu di negara ini memandangkan setiap hari ada sahaja kes yang dilaporkan membabitkan kerugian jutaan ringgit.
Jelasnya, tabiat berbelanja orang ramai berubah kepada secara dalam talian untuk membeli barang sejak pandemik Covid-19 melanda negara Mac tahun lepas.
“Pergerakan rakyat yang terbatas disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut menyumbang ke arah perubahan corak pembelian ini.
“Sehubungan dengan itu, polis menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan tawaran jualan dalam talian yang lebih murah berbanding harga pasaran,” jelasnya.
BACA: