Ini pendekatan Anwar Ibrahim yang melonjakkan populariti di peringkat antarabangsa yang ramai tak tahu

Oleh MHDAILY

Ini pendekatan Anwar Ibrahim yang melonjakkan populariti di peringkat antarabangsa yang ramai tak tahu. Pendekatan ‘merakyat’ selain populariti di peringkat antarabangsa menjadi antara punca Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa menarik perhatian setiap kali melakukan lawatan ke luar negara.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambri Abd Kadir, perkara itu jelas terlihat melalui keterujaan ditunjukkan baik dalam kalangan diaspora Malaysia atau masyarakat setempat termasuk ketika Perdana Menteri melakukan lawatan rasmi ke tiga negara iaitu Indonesia, Brunei dan Singapura sebelum ini.

Malah, katanya, maklum balas positif sama turut diterima melalui lawatan rasmi Perdana Menteri ke Thailand bermula esok dan ia memberi satu petanda baik dalam konteks hubungan kedua-dua negara, yang mana sudah tentu Malaysia dan Thailand akan terus meneroka dalam perkara lebih luas lagi.

Ini pendekatan Anwar Ibrahim yang melonjakkan populariti di peringkat antarabangsa yang ramai tak tahu

“Masyarakat Islam di sini (Bangkok) teruja kerana apa yang kita lihat dalam siri lawatan Perdana Menteri sebagai contoh ke Indonesia, Brunei dan Singapura, begitu jelas kelihatan keterujaan dispora Malaysia, selain dalam kalangan masyarakat tempatan itu sendiri.

“Ini beri satu petanda baik dalam konteks hubungan kedua-dua negara dan sudah tentu Malaysia dan Thailand akan terus meneroka dalam perkara lebih luas lagi,” katanya ketika sidang media sempena lawatan rasmi Perdana Menteri ke Thailand, di sini, yang turut dihadiri Duta Malaysia ke Bangkok, Datuk Jojie Samuel.

Anwar yang dijadual tiba untuk lawatan rasmi dua hari ke Thailand, antara lain dijadual mengadakan pertemuan bersama kelompok diaspora Malaysia di Bangkok, selain perjumpaan secara tidak formal bersama masyarakat Islam selepas menunaikan solat Jumaat di Islamic Centre of Thailand.

Dalam pada itu, Zambry mengakui konteks diplomasi bukan hanya membabitkan hubungan antara kerajaan dengan kerajaan (G2G) atau konteks rasmi semata-mata, tetapi aspek yang tidak kurang pentingnya adalah hubungan diplomasi ‘rakyat dengan rakyat’.

“Apabila bercakap hubungan diplomasi, kita mahu lihat hubungan dua baik dapat dilakukan dalam pelbagai cara.

“Sebagai contoh, kita ada hubungan baik bukan hanya antara pemimpin, tetapi juga rakyat dengan rakyat. Suasana inilah yang perlu kita wujudkan,” katanya.

Dalam konteks Perdana Menteri, beliau percaya imej sebagai seorang bersifat ‘internationalis’ terutama dalam konteks ASEAN, selain pernah berada dalam kerajaan dan begitu aktif terbabit dalam hal ehwal Islam dan hubungan antarabangsa banyak membantu melonjak populariti beliau.

“Pendekatan beliau sentiasa merakyat, berusaha untuk bersama dan mendekati dalam konteks ketika berada di luar negara serta sentiasa mencari dan menjemput rakyat di luar, mendengar suara mereka dan sampaikan pandangan beliau tentang kedudukan negara.

“Demikian juga dengan rakyat di sini, bukan sahaja rakyat Malaysia di Thailand, tetapi juga di Indonesia dihadiri kelompok yang besar untuk mendengar ucapan beliau,” katanya.

BACA: 

Jarang Sari Yanti kongsi wajah anak-anak lengkap semua- “Dah besar dan comel-comel..”

Ini senarai artis Malaysia yang ada Supercar, Zizan punya paling power!