Adakah anda perasan apabila di kaca televisyen, ketika berita ditayangkan, baju tahanan-tahanan polis yang dibawa ke mahkamah
Berbeza dengan pakaian banduan-banduan di dalam penjara yang boleh anda lihat melalui drama.
Tahukah anda apa maksud warna-warna pakaian ini? Sebenarnya, ada beberapa warna pakaian untuk tahanan polis
Dan banduan di mana setiap warna membawa maksud tertentu. Mari sama-sama kita kenali maksud di sebalik warna-warna ini.
Warna oren
Tahanan yang memakai baju berwarna oren ni masih belum dikategorikan sebagai banduan kerana ia merupakan baju lokap polis dan masih di bawah tahanan polis iaitu iyang dipakai oleh orang kena tuduh(OKT).
Maksud warna baju banduan
Baju warna ungu
Bagi baju warna ungu ni pula adalah untuk tahanan reman iaitu Orang Kena Tuduh (OKT) yang sedang menjalani proses perbicaraan di mahkamah. Selagi hukuman tidak diputuskan, maka mereka ini akan kekal direman kecuali merka dIikat jamin tapi ada jugak penghuni yang tak boleh diikat jamin di atas kesalahan yang dilakukan dan tidak dibenarkan oleh mahkamah.
Baju dan juga seluar putih
Bagi banduan yang memakai baju dan juga seluar putih ni, mereka adalah banduan yang menjalani hukuman singkat iaitu di bawah tempoh enam bulan dan mereka ini juga perlu mengikuti program kesedaran dan pemulihan yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia sebelum mereka dibebaskan.
Baju merah
Baju merah ataupun lebih dikenali sebagai kolar merah. Mereka ini perlu memakainya selama tempoh tiga bulan dan mengikuti program pemulihan yang dinamakan Program Permodalan Insan iaitu PPI bermula dengan pasar orientasi dan perlu memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan sebelum ke fasa yang seterusnya. Bagi banduan berbaju merah ini,mereka perlu menjalani hukuman enam bulan keatas dan perlu memakai baju merah ini selama 3 bulan.
Baju hijau
Kebanyakan mereka yang memakai baju hijau ini adalah mereka yang menjalani hukuman sehingga satu tahun enam bulan. Bagi mereka memakai baju hijau ini, kebanyakan mereka telahpun menjalani program PPI fasa 2. Ia adalah program pengukuhan sahsiah yang mengandungi dua bahagian pembelajaran yang dinamakan halaqah untuk agama dan juga ‘therapeutic community’ untuk terapi kemasyarakatan.
Baju biru
Baju biru ataupun dikenali sebagai kolar biru. Mereka yang memakai baju biru ni adalah yang perlu berada lama berada dipenjara atau dikira senior. Mereka menghuni penjara lebih daripada 18 bulan ke atas termasuklah banduan seumur hidup dan banduan hayat. Mereka telah menghabiskan fasa pembelajaran PPI dan layak untuk bekerja di bengkel bengkel yang disediakan di dalam penjara.
Baju hijau florosen
Baju hijau terang (florescent) atau dikenali sebagai kolar hijau. Mereka yang memakai baju hijau terang ataupun hijau florosen ialah untuk banduan yang pra bebas di mana mereka sebelum ini memakai baju merah, biru dan juga hijau tapi apabila tiba tempoh tiga bulan untuk hukuman akan tamat mereka akan memakai baju hijau florosen untuk menandakan yang mereka akan bebas tidak lama lagi.
Baju putih
Baju yang digeruni oleh semua banduan termasuk orang yang memakainya adalah baju putih kolar dan juga lengan merah. Mereka ini ialah Banduan akhir (BA) yang sedang dalam proses untuk menanti hukuman gantung sampai mati ataupun menunggu keputusan rayuan Mahkamah Agong agar hukuman mati mereka itu dikurangkan kepada hukuman hayat.
Apa pun ia, pasti kita tidak pernah terbayang menyarungkan pakaian itu dibadan kita dan semoga pakaian itu tidak disarungkan kepada mana-mana ahli keluarga kita..
Hindarilah diri kita daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat atau pergaulan yang tidak sepatutnya agar terhindar dari perkara yang tidak diingini dan kesalahan jenayah.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio