Dalam artikel ini, kita akan kongsi tentang makanan yang tak digalakkan makan mentah atas beberapa sebab.
1. Kentang – Kentang mentah mengandungi ‘toxic compound’ yang boleh menggangu digestive system. Rasa kentang mentah ini tak sedap langsung
2. Telur – Telur tak masa dikuatiri ada Salmonella yang membahayakan kesihatan.
Terdapat banyak cara yang anda boleh masak telur antaranya dengan merebus, goreng dan stir fry. Sekiranya perlu makan telur mentah, boleh ambil yang dah di pasteurised.
3. Susu – Susu mentah yang terdedah dengan bakteria E Coli dan Salmonella. Untuk langkah lebih selamat, anda boleh minum susu yang telah dipasteurised atau dipanaskan untuk membunuh bakteria.
4. Tepung – Tepung mentah mungkin mengandungi E Coli termasuklah tepung bacuhan biskut, kek, dan lain-lain. Ia boleh menyebabkan msalah perut, muntah, dan cirit birit.
5. Terung – Makan terung dalam keadaan mentah boleh menyebabkan pening, muntah dan cirit birit. Ini kerana terung mentak boleh menyebabkan toksik jika dimakan dalam kuantiti yang banyak.
6. Ayam dan daging mentah – Mengandungi campylobacter dan Salmonella yang ada pada bahagian menyebab sehingga boleh menyebabkan keracunan.
7. Cauliflower dan brokoli – Tidak digalakkan makan secara mentah sebab susah dicerna. Tambah, ia lagi sedap apabila dimasak dan boleh meningkat fungsi ‘cancer fighting compound’ jika dimasak dengan cara yang betul.
Mungkin ada di antara kita yang sudah biasa makan makanan mentah dari jenis-jenis yang disebutkan di atas.
Keputusan tetap bergantung pada individu.
Hanya perlu diingat bahawa ini tetap merupakan tindakan berisiko jika tidak dijaga dengan baik, terutama bagi yang memiliki perut sensitif.
Hal ini disebabkan beberapa makanan mentah mengandung ‘natural toxin’ dan kandungan gula yang sukar untuk dihadam, yang dapat menyebabkan keradangan dan kembung pada perut.
Ada juga yang mengandungi Salmonella yang dapat memberi kesan buruk terhadap kesihatan kita.
Semoga maklumat ini bermanfaat!