Ini latarbelakang Peter Cklamovski, ketua jurulatih kebangsaan ramai nak tahu

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Penantian peminat bola sepak tempatan untuk mengetahui siapa ketua jurulatih baharu Harimau Malaya akhirnya terjawab

apabila Peter Cklamovski diumumkan sebagai pengendali skuad kebangsaan itu.

Nama Cklamovski, 46, sebelum ini sudah dikaitkan sebagai salah seorang calon utama untuk menggantikan

Pau Marti Vicente yang akan meninggalkan jawatan selepas Piala ASEAN 2024.

Setelah pengumuman rasmi oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, peminat pastinya ingin mengetahui lebih lanjut tentang latar belakang dan karier Cklamovski.

Ini latarbelakang Peter Cklamovski, ketua jurulatih kebangsaan ramai nak tahu

Karier kejurulatihan Cklamovski bermula pada 2008 apabila beliau dilantik sebagai penolong jurulatih kelab Greece, Panachaiki. Namun, beliau turut berperanan sebagai jurulatih kecergasan di tiga kelab – Perth Glory, Adelaide United dan Melbourne Victory – antara 2009 hingga 2014.

Pada tahun 2014 hingga 2017, Cklamovski berkhidmat sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan Australia di bawah kendalian pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou.

Beliau bekerja lebih daripada 15 tahun bersama Postecoglou dan membantu skuad kebangsaan Australia menjuarai Piala Asia 2015 serta meraih kemenangan Liga J1 2019 bersama kelab Jepun, Yokohama F Marinos.

Pengendali yang berasal dari Sydney, Australia itu kemudiannya melangkah lebih jauh dalam kerjayanya dengan dilantik sebagai ketua jurulatih Shimizu S-Pulse di Liga J1 pada 2020. P

ada 2021, beliau mengambil cabaran sebagai pengurus kelab Liga J2, Montedio Yamagata, dan berjaya menyelamatkan kelab itu daripada penyingkiran, malah layak ke perlawanan ‘playoff’ untuk ke Liga J1.

Pada Jun 2023, Cklamovski dilantik sebagai pengurus FC Tokyo dan memberikan impak segera dengan menerapkan identiti bola sepak yang penuh inspirasi, membawa kejayaan serta menyemarakkan semangat penyokong kelab tersebut.

Kini, beliau hadir ke Malaysia untuk membentuk pasukan kejurulatihan yang mantap demi memastikan pemain Harimau Malaya yang dipanggil menjalani latihan berkualiti tinggi.

Misi utamanya adalah untuk membantu skuad kebangsaan layak ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi dengan mengungguli Kumpulan F kelayakan, selain memperbaiki ranking FIFA dan menempatkan Harimau Malaya di kedudukan 100 terbaik dunia.

BACA: Ini respon Zahid Hamidi bila dapat tahu Tengku Zafrul nak lompat masuk PKR