Ini latar belakang Laudya Cynthia Bella yang ramai tak tahu – Artis paling mahal Indonesia

Oleh MHDAILY

Ini latar belakang Laudya Cynthia Bella yang ramai tak tahu – Artis paling mahal Indonesia. LAUDYA CYNTHIA BELLA

Orangnya cantik dan mempunyai raut wajah lembut yang mampu membuatkan sesiapa sahaja terpesona. Bersandarkan peribadi yang baik dan penampilan sopan seorang muslimah tidak hairanlah Laudya Cynthia Bella menjadi inspirasi ramai.

Meniti usia 34 tahun pada 24 Februari lepas, Bella yang dilahirkan di Bandung ini cukup berjaya dalam karier sebagai anak seni dan usahawan.

Memetik laporan portal IDN Times, penglibatan anak kepada pasangan Busye Amir dan Menny Setiaputri ini dalam industri seni bermula sejak dia berusia 6 tahun. Dalam usia yang masih muda, Bella sudah didedahkan sebagai model iklan.

Ketika dia mencecah usia 14 tahun pula, bintang filem Surga Yang Tak Dirindukan ini sudah mula menceburi bidang peragaan dan menjadi pelakon.

Ini latar belakang Laudya Cynthia Bella yang ramai tak tahu - Artis paling mahal Indonesia

Hasil lakonan mantap Bella dalam filem V1rg1n, dia menerima anugerah Most Favourite Rising Star dan Best Actress. Sepanjang lebih dua dekad bergelar anak seni, dia sudah membintangi 21 buah filem, 18 sinetron dan 13 drama televisyen.

Kerjaya Bella berada di puncak apabila pada tahun 2017 dia dinobat sebagai Indonesia’s Highest Paid Actresses.

Laporan portal Indonesia turut mendedahkan aktres jelita ini menerima bayaran 900 juta Rupiah atau lebih RM268 ribu ketika membintangan filem Box Office ‘Surga Yang Tak Dirindukan 2’!

Walau meraih pendapatan lumayan dalam industri seni lakonan namun kini Bella lebih selesa mengusahakan beberapa cabang bisnes miliknya termasuk dalam bidang kulinari, fesyen, muslimah dan kosmetik.

Apa sahaja produk yang dipromosikan Bella pasti laris di pasaran. Antaranya perniagaan tudung dan produk muslimah ‘L by Laudya Cynthia Bella’, jualan kasut ‘Daily Darling’dan terbaharu aplikasi Islamik Qalby App.

Pendapatan yang diterima Bella juga tidak terhad sebagai pelakon, model dan usahawan. Malah, dia juga menjana pendapatan menerusi pelantikannya sebagai duta pelbagai produk. Mewah betul rezeki Bella!

Berkongsi pengalaman sebagai usahawan busana muslimah dan tudung, Bella berkata dia mengikut jejak langkah bapa tersayang yang pernah berkhidmat dalam bidang pembuatan tekstil.

“Awal dari yang tak kenal sekarang jadi lebih mengenal. Dari tak biasa dan sekarang terbiasa. MashaAllah kerana sekarang aku sudah merambah ke dunia fesyen. Akhirnya aku belajar banyak tentang bahan dan mesin-mesin yang membantu proses pembuatan L by Laudya Cynthia Bella.

Terima kasih papa. Dari kecil dikenalkan dengan bahan-bahan yang cantik. Kerana dulu papa kerja di salah satu perusahaan tekstil sekarang menurun ke anaknya. Hiburan aku ya main ke fabrik.”

Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran pada 8 September 2017 namun berpisah pada bulan Julai 2020.

BACA:

Gadis ‘serius’ rakam pemain JDT jadi bahan ketawa, tak sedar masuk live TV!

Unik! Lelaki ni boleh bau dan rasa perkataan

Nurul Izzah temui cinta baru, kahwin cina muslim