Ini kronologi mudah faham kes saman fitnah Ustaz Ahmad Dusuki dengan Dr Mujahid Yusof Rawa.
1. Pada Februari 2020, Dusuki dalam satu ceramah berkata aset TH telah dijual kepada bukan Islam.
2. Selepas Langkah Syaiton berlaku dan Muhyiddin menjadi PM, dia (Muhyiddin) mengesahkan bahawa aset Tabung Haji tidak pernah dijual kepada bukan Islam.
3. Ini bermakna, Dusuki telah terbukti memfitnah.
4. Susulan itu, Mujahid telah membuat satu ciapan di Twitter berbunyi:
“Seorang Ustaz berdusta, berpuloh ribu jadi mangsa…berlagak tahu segalanya akhirnya telan api fitnah dalam perut dia sendiri…hingga kini tak pernah tarik balik pendustaannya…Allahu Mustaan…” ,
turut disertakan ialah video ceramah Dusuki tersebut.
5. Tidak puas hati dengan ciapan tersebut, Dusuki telah memfailkan saman ke atas Mujahid pada November 2020 di Mahkamah Sesyen. Tindakan ini boleh dilihat sebagai cubaan Dusuki menjadikan dirinya sebagai mangsa fitnah dan Mujahid sebagai pemfitnah.
6. Selepas perbicaraan, pada Disember 2022, Mahkamah Sesyen menolak saman Dusuki, dan Dusuki telah diarah bayar kepada Mujahid sebanyak RM11,000.
7. Penghakiman mendapati, apa yang disebut oleh Mujahid bukan fitnah, tapi apa yang disebut oleh Dusuki tu ialah fitnah.
8. Tapi Dusuki tak puas hati, dia buat rayuan ke Mahkamah Tinggi pula.
9. Selepas perbicaraan, Mahkamah Tinggi memutuskan untuk menolak rayuan Dusuki, dan berpihak kepada keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak saman Dusuki sebelum ini.
10. Mahkamah Tinggi mengarahkan Dusuki membayar kos RM5,000 kepada Mujahid.
11. Kesimpulan penghakiman Mahkamah Tinggi :
a. “Keterangan juga menunjukkan terdapat penjelasan yang dibuat di parlimen oleh bekas perdana menteri (Muhyiddin) bahawa aset TH yang kurang berdaya saing dipindahkan kepada sebuah sebuah syarikat tujuan khas yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan, dan TH tidak dikuasai oleh orang bukan Islam,”
b. “Hakim turut berpendapat pemindahan tersebut adalah sebahagian daripada pelaksanaan pelan pemulihan dan penstrukturan TH yang diluluskan oleh kabinet sewaktu Mujahid menjadi menteri agama.”
Kesimpulan.
1. PAS adalah parti yang paling ulamak mereka memfitnah dan telah dibuktikan fitnah mereka adalah fitnah.
2. Fitnah ulama PAS telah merosakkan umat, yang akhirnya terpedaya dan percaya bahawa aset TH telah dijual kepada bukan Islam selama ini.
3. Betapa ramai umat Islam terpedaya dengan fitnah PAS, dan akhirnya memilih untuk mengundi PAS kerana percaya dengan fitnah tersebut.
4. Semua kerusi yang PAS menang dalam PRU15 adalah menang dengan fitnah, dan ia kemenangan yang istidraj, tiada keberkatan dari Tuhan.
5. Semoga Allah membalas segala fitnah PAS dengan kekalahan yang sangat hina dalam setiap pilihanraya yang akan datang.
amin ya Allah.
“tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah”
– HR Muslim.
BACA:
Kerajaan Amerika Syarikat ditutup? Boleh ke benda yang sama berlaku di Malaysia?