Ini kebaikan daun pisang untuk bungkus makanan yang ramai tak tahu

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Daun pisang sinonim dengan masakan tradisional Melayu di Malaysia.

Selain menjadi elemen penting dalam hidangan seperti nasi lemak, ia turut digunakan untuk membungkus kuih-muih tradisional seperti tepung pelita, koci, lepat, nagasari, dan pulut panggang.

Tidak hanya terhad kepada kuih-muih, daun pisang juga sering digunakan untuk membungkus makanan ketika memasak, seperti ikan bakar.

Jenis Daun Pisang dan Kegunaannya

Daun pisang saba: Digunakan untuk membalut kuih-muih.

Ini kebaikan daun pisang untuk bungkus makanan yang ramai tak tahu
Daun pisang latundan: Khusus untuk membungkus nasi lemak.

Daun pisang kapas: Sesuai untuk membuat lemang.

Penggunaan daun pisang bukan hanya tradisional tetapi juga menyumbang kepada pengalaman masakan yang unik.

Berikut adalah lima kebaikan utama daun pisang dalam pembungkusan makanan:

1. Memperkaya Aroma dan Rasa Makanan

Daun pisang mampu memberikan aroma semula jadi yang istimewa. Ketika makanan panas dibungkus menggunakan daun pisang, bau yang dihasilkan menambahkan kelazatan makanan.

2. Pelindung Semula Jadi

Daun pisang memiliki permukaan berlilin yang efektif dalam melindungi makanan.

Ia membantu mengekalkan kesegaran makanan dan menghalangnya daripada terdedah kepada udara luar, menjadikan makanan lebih selamat untuk dimakan.

3. Bebas Bahan Kimia

Sebagai bahan semula jadi daripada pokok pisang, daun ini tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.

Malah, kandungan antioksidan dalam daun pisang membantu memperlahankan proses kerosakan makanan.

4. Mesra Alam

Penggunaan daun pisang menyumbang kepada kelestarian alam sekitar. Berbeza dengan plastik, daun pisang mudah terurai dan tidak mencemarkan alam.

5. Lebih Murah

Daun pisang adalah pilihan bungkusan yang lebih murah berbanding plastik.

Penanaman pokok pisang juga digalakkan untuk menggantikan penggunaan bahan pembungkus sintetik.

Dengan pelbagai kelebihan ini, kita boleh mula mempraktikkan penggunaan daun pisang dalam kehidupan seharian.

Selain menjaga warisan tradisional, langkah ini turut menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar.

BACA: Doktor forensik tumpang tidur di bilik kosong hospital, Cuak tiba-tiba loceng kaunter depan berbunyi!

Leave a Comment