Berapa kerapkah anda mengisi minyak kenderaan di stesen minyak?
Ada yang mengisinya seminggu sekali, ada juga yang lebih kerap daripada itu.
Ketika sedang mengisi petrol atau diesel, mungkin ramai antara kita yang perasan akan kewujudan butang kecemasan berwarna merah pada pam minyak.
Tapi, tahukah anda apa fungsi sebenar butang tersebut?
Baru-baru ini, sebuah video yang dimuat naik oleh Petronas Sri Hartamas di TikTok telah menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai fungsi butang kecemasan ini.
Seorang kakitangan stesen minyak tersebut menerangkan bahawa butang kecemasan ini boleh digunakan dalam beberapa situasi kecemasan seperti berikut:
1) Kebakaran
– Kita semua tahu bahawa kebakaran di stesen minyak boleh berlaku. Walaupun stesen minyak dilengkapi dengan alat pemadam api, butang kecemasan ini membolehkan kita bertindak pantas untuk mengurangkan risiko.
2) Tumpahan minyak
– Tumpahan minyak boleh berlaku jika nozel pam tidak berfungsi dengan baik, contohnya jika tiada fungsi auto-stop.
Dalam keadaan ini, butang kecemasan berfungsi untuk menghentikan aliran minyak dengan segera.
Selain itu, menurut kakitangan tersebut, butang kecemasan juga boleh ditekan jika pengguna ternampak kereta dengan nombor pendaftaran asing yang mengisi petrol RON95.
Secara keseluruhan, fungsi utama butang kecemasan ini adalah untuk menghentikan aliran minyak secara automatik apabila ditekan, membantu kita bertindak pantas dalam situasi yang tidak diingini.
BACA:Patutlah Tun M kebal dari disabit kesalahan jenayah, rupanya ini ‘tangkal’ yang dia pakai?
1 thought on “Ini fungsi sebenar butang merah yang ada pam minyak”