Tahukah anda bahawa sesetengah kereta dilengkapi dengan tempat khas untuk menggantung penutup tangki minyak,
seperti pada model Myvi generasi pertama yang ditunjukkan di bawah ini?
Jika anda baru tahu, selepas ini tidak perlulah lagi meletakkan penutup tangki minyak di atas bumbung kereta,
Dalam beg tangan, atau meminta abang Bangladesh untuk pegangkan.
Namun, kebanyakan model kereta baru kini telah dilengkapi dengan tali yang sudah diikat pada penutup tangki dan badan kereta.
Ini bermakna, penutup tangki tidak boleh ditutup selagi penutup tersebut tidak diputar semula ke kedudukan asalnya.
Untuk memutar penutup, berhenti memulas apabila anda mendengar dua kali bunyi ‘ketak’ atau gigitan pada alur penutup.
Ini penting agar anda tidak menyukarkan diri untuk membuka penutup tersebut semula apabila ingin mengisi minyak. Kalau terlalu ketat, nanti terpaksa minta abang Bangladesh lagi untuk bukakan!
BACA: 6 atlet Malaysia ini bakal gegar kejohanan badminton dunia, no.1 tu banyak kontroversi