Ini fakta unik dan tempat menarik yang wajib tahu apa ada dalam Menara Merdeka 118

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Mari kita ketahui tujuh fakta menarik yang membuat Menara Merdeka 118 sangat istimewa.

Menara yang megah ini bukan sekadar sebuah mercu tanda tetapi juga mengandungi elemen-elemen unik yang menarik perhatian ramai.

Menara canggih ini, yang mempunyai 118 tingkat dengan ketinggian 678.9 meter, merupakan yang kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa Dubai (828 meter).

Ini fakta unik dan tempat menarik yang wajib tahu apa ada dalam Menara Merdeka 118

Reka bentuknya terinspirasi dari detik-detik penting dalam sejarah Malaysia.

Apa yang best sangat ada dalam Menara Merdeka 118? Ini fakta unik dan tempat menarik yang wajib dikunjungi

Bangunan ini juga diilhamkan oleh satu detik ikonik dalam sejarah Malaysia, ketika Tunku Abdul Rahman, perdana menteri Malaysia pertama yang mengangkat tangan dan berseru “Merdeka!” pada 31 Ogos 1957 (Hari Kebangsaan).

Selain itu, tapak bangunan yang berbentuk berlian dirancang untuk menyerupai corak songket Melayu, sejenis tekstil tradisional yang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan.

Nombor 118 dalam nama Merdeka 118 melambangkan jumlah tingkat di menara ini. Dengan 118 tingkat, ia akan menjadi bangunan pertama di Asia Tenggara yang memiliki lebih dari 100 tingkat.

Setelah dibangunkan, sebuah dek pemerhatian yang dikenali sebagai ‘The View at 118’ telah disediakan untuk mereka yang ingin menikmati pemandangan langit Kuala Lumpur yang menakjubkan.

Dengan ketinggian lantai pemerhatian ini, ia akan menjadi platform paling tertinggi di Asia Tenggara.

Salah satu ciri unik Merdeka 118 adalah lif tinggi yang akan memberikan anda pengalaman luar biasa kepada pengunjung. Ini kerana ia diperbuat dari kombinasi kaca dan keluli, dengan menaiki lif ini pengunjung boleh melihat pemandangan langit Kuala Lumpur yang cantik sepanjang perjalanan ke atas.

Berlokasi dengan strategik di antara Jalan Maharajalela dan Jalan Hang Jebat, Merdeka 118 memudahkan akses ke rangkaian jalan utama termasuk Jalan Syed Putra, Jalan Pudu, Jalan Loke Yew, Jalan Hang Tuah, Jalan Tun Razak, dan Jalan Tun Tan Cheng Lock.

Presint Merdeka 118 juga akan menampilkan sebuah muzium tekstil yang mengetengahkan warisan tekstil dunia Melayu, pusat penjagaan kanak-kanak, dan Masjid Merdeka dengan kapasiti mampu menampung 3,000 jemaah.

Merdeka 118, bangunan kedua tertinggi di dunia, telah dirasmikan!

Kita diharapkan tidak hanya merasa bangga, tetapi juga menyedari perlunya usaha keras untuk membina masa depan yang lebih baik.

Mari rakyat Malaysia untuk bersatu dan bersungguh-sungguh dalam melibatkan diri dengan simbol ini!

BACA: “Hadiah dari perempuan tu untuk laki aku? Aku ambil, aku buangkan, baju? depan mata dia aku gunting, marah? peduli apa aku”