Ini cara ukur jari untuk tahu saiz cincin nak tunang dan kahwin

Oleh FAHMI ABBAS

Tahukah anda, walaupun ramai memiliki pelbagai cincin, masih ada yang tidak tahu saiz cincin mereka sendiri?

Mengetahui saiz cincin adalah penting, terutama jika anda tidak dapat pergi ke kedai emas

atau ingin membeli barang kemas secara dalam talian.

Berikut adalah dua cara mudah untuk menentukan saiz cincin anda:

1. Mengukur Jari dengan Ukur Lilit

Ini cara ukur jari untuk tahu saiz cincin nak tunang dan kahwin
Bahan yang diperlukan:

Kertas

Gunting

Pembaris (dengan ukuran milimeter)

Pen atau pensel

Cara mengukur:

Cara Ukur Jari Untuk Tahu Saiz Cincin Sendiri

Potong kertas memanjang dengan lebar lebih kurang 1 cm.

Lingkarkan kertas tersebut pada jari anda. Pastikan ia tidak terlalu longgar atau ketat, kerana ini akan mempengaruhi saiz cincin.

Tandakan bahagian bertindih dengan pen.

Ukur panjang kertas tersebut menggunakan pembaris.

Padankan ukuran ini dengan jadual saiz cincin berdasarkan lilitan jari (circumference).

2. Menggunakan Cincin Contoh

Bahan yang diperlukan:

Cincin yang anda miliki

Pen

Pembaris

Cara mengukur:

Letakkan cincin di atas kertas dan lukiskan bahagian dalamnya menggunakan pen.

Lukiskan garis lurus mendatar melalui bahagian tengah cincin tersebut.

Ukur panjang garis itu (diameter) dengan pembaris.

Bandingkan ukuran diameter dengan jadual saiz cincin.

Tip Berguna untuk Mendapatkan Ukuran Tepat

Ukur dalam unit milimeter (mm) untuk ketepatan.

Pastikan jari anda kering semasa proses pengukuran.

Sebaiknya ukur pada waktu siang kerana jari mungkin mengembang pada waktu ini.

Jika ukuran anda berada di antara dua saiz, pilih saiz yang lebih besar.

Saiz cincin mungkin berbeza mengikut reka bentuk. Contohnya, cincin belah rotan biasanya lebih besar ½ atau 1 saiz berbanding cincin bercorak halus.

Dengan panduan ini, anda boleh mendapatkan saiz cincin yang tepat tanpa masalah. Selamat mencuba!

BACA: Panas!! Presiden Gerakan sekolahkan pihak yang tangguk diair keruh isu pensijilan halal Kelantan

1 thought on “Ini cara ukur jari untuk tahu saiz cincin nak tunang dan kahwin”

Leave a Comment