Bagi mana-mana aktiviti memasak menggunakan dapur gas pastinya akan meluahkan sedikit kebimbangan mengenai tempoh masa makanan tersebut perlu siap.
Pastinya ada masa kita terleka main telefon atau menonton drama, tahu-tahu sahaja dapur dah berasap sebab air rebusan dah kering.
Lebih mengejutkan warna telur juga akan berubah disebabkan air yang sudah kering,
sekali pandang macam telur pindang, rasa berasap juga bila dimakan.
Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Fatimah Salim tentang cara masak telur masin dalam penggoreng elektronik (air fryer).
Cara masak telur masin guna air fryer
Tetapkan suhu air fryer kepada 110 darjah celcius.
Masukkan telur ke dalam loyang yang sedia ada dan masak selama 15 minit.
Sebolehnya jangan letakkan suhu terlalu tinggi, bimbang telur boleh pecah dan meletup.
Ha! senang rupanya, tak perlu lagi lima minit sekali lari ke dapur untuk lihat telur direbus sempurna atau tidak.
Untuk pengetahuan semua, telur masin tinggi kandungan natrium atau nama mudahnya adalah garam.
Garam ini diperlukan tubuh badan ntuk menjaga keseimbangan elektrolit tubuh, menjaga kadar air di dalam dan di luar sel tubuh, selain menolong terhadap fungsi otot dan saraf.
Tapi pengambilan berlebihan boleh menyebabkan pelbagai risiko masalah kesihatan lain seperti darah tinggi atau hipertensi.
Jadi beringatlah dan makan dalam kuantiti yang sederhana dan tidak perlu berlebihan.
Baca juga: Whatsapp bakal perkenal ciri baharu, beri banyak kelebihan pada ‘admin’