Ini cara mudah nak buat ‘udang belon’ ala Thai

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Bagi mereka yang setiap kali cuti sekolah nak berkunjung ke negara sebelah, Thailand boleh cuba resipi ini.

Resipi simple sahaja dengan menggunakan lima bahan, menu ini antara diminati orang ramai ketika berkunjung ke negara tersebut.

Bukan setakat di sana tapi kalau kita makan di restoran berkonsepkan Thai di Malaysia pun laju sahaja memesan hidangan ini.

Rupanya senang sahaja nak buat, budak-budak pun suka kalau dapat merasa

resipi yang dikongsikan Fatyma Idris di halaman Facebook ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.

Ini cara mudah nak buat ‘udang belon’ ala Thai

Resipi udang belon
Bahan-bahan:

Udang
Tepung blue key self raising flour (kotak warna pink)
Telur
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara-cara:

1. Bersihkan udang. Buang kulit udang tapi bahagian ekor dibiarkan je.

2. Campur semua bahan-bahan yang lain. (tepung, telur, garam)

3. Masukkan air secukupnya. Tak nak cair sangat, tak nak pekat sangat. Buat biar boleh lekat elok adunan tepung dengan udang.

4. Celup udang dalam adunan tepung kemudian goreng dalam minyak yang panas.

5. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.

Untuk hasilkan udang belon yang cantik boleh guna pencungkil gigi untuk buang kotoran belakang udang jadi tak perlu nak belah belakang udang tu.

Baca juga: Trip nikah dulu bayar kemudian tarik perhatian, dah macam paylater