Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB)
untuk tahun 2024, yang bakal dinikmati oleh pemegang unit.
Menerusi kenyataan media, PNB memaklumkan bahawa pemegang unit akan menerima dividen sebanyak 5.75 sen seunit, terdiri daripada:
5.50 sen pengagihan pendapatan, dan
0.25 sen bonus.
Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan ini melibatkan RM10.1 bilion dan akan memberi manfaat kepada 11.1 juta pemegang unit ASB.
Pengiraan Dividen ASB
PNB menjelaskan bahawa pengiraan dividen dan bonus ASB adalah berdasarkan baki minimum bulanan purata yang dipegang sepanjang tahun kewangan dana tersebut.
Unit yang dilaburkan semula daripada pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2025.
Bagi pemegang unit yang ingin mengetahui jumlah dividen yang bakal diterima, berikut adalah panduan untuk mengira:
Cara Pengiraan Dividen ASB
Pengiraan dividen ASB adalah berdasarkan baki minimum bulanan purata selama 12 bulan. Baki daripada bulan pertama akan dibawa ke bulan seterusnya mengikut situasi tertentu.
Formula asas:
Ini cara mudah kira dividen ASB, tak pandai matematik pun senang faham
(Baki Minimum Bulanan × Kadar Dividen) ÷ 12
Situasi Pengiraan Dividen
Auto Labur
Pelaburan dibuat secara konsisten setiap bulan tanpa sebarang pengeluaran.
Formula pengiraan akan mengikut jumlah pelaburan bulanan yang terkumpul selama setahun.
Pelaburan Melalui Pembiayaan ASB
Pelabur tidak membuat tambahan pelaburan sepanjang tahun kewangan. Termasuk mereka yang membuat potongan bulanan melalui Auto Labur di myASNB.
Pengeluaran Setiap Bulan
Pelabur membuat pengeluaran bulanan tanpa tambahan pelaburan, contohnya RM300 sebulan. Dividen dikira berdasarkan baki minimum selepas setiap pengeluaran.
Tiada Baki dalam Akaun
Sekiranya pelabur menjual kesemua unit sebelum pertengahan tahun, baki bulanan akan kosong menjelang akhir tahun. Dalam situasi ini, dividen mungkin tidak diperoleh.
Pemegang unit digalakkan merujuk laman rasmi ASNB untuk maklumat lanjut dan simulasi pengiraan dividen mengikut situasi masing-masing.